Posts

Showing posts from September, 2014

G7 [Politik]

Image
1. Alhamdulillah. UMNO Bahagian Ampang bersama pergerakan pemuda, wanita dan puteri sudah selesai melaksanakan Persidangan Perwakilan Tahunannya bagi Tahun 2014. Ia adalah persidangan kali ke-11 semenjak UMNO Bahagian Ampang ditubuhkan. 2. Di dalam perhimpunan ini, perasminya iaitu Datuk Seri Shafie Hj Apdal, Naib Presiden UMNO berkali-kali menekankan mengenai kesungguhan dan komitmen ahli UMNO terhadap masyarakat Melayu. Beliau berkali-kali memesan dengan bahasa kiasnya, bahawa ahli UMNO terlalu mementingkan pertandingan di dalam parti (contohnya G7) sehingga terlupa tiada guna menang di dalam parti andai parti tidak punyai kuasa politik. 3. G7 adalah kumpulan perwakilan yang dipilih melalui mesyuarat UMNO peringkat Bahagian untuk mewakili bahagian tersebut ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) bagi tahun tersebut. Mereka mengiringi enam pegawai di peringkat Bahagian iaitu Ketua, Timbalan, Naib serta Ketua-ketua Sayap UMNO Bahagian iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri. 4. Semasa ucapan pe