Jogging Malam Puasa 2
Salam Ramadhan.. baru tadi aku Jogging lagi- trek baru. Sebenarnya aku dah test dah trek ni Khamis lepas cuma tak lepas pulak Napas nak habiskan!! hahaha.. Surau Kg Melayu Tambahan--> Dewan Seri Melor --> Jalan Dedap --> Simpang 3 Taman TAR--> Hadapan 7 Eleven Ampang Jaya --> Turun bawah ke SMKDAR melalui Jalan Memanda--> Lorong Tanjung/Jln Seraya (Lalu depan rumah Wak Hamdan)--> Jalan Kempas --> Gelanggang Futsal Kg Melayu Tambahan. Huh.. Hari Khamis aku sampai depan 7E Ampang Jaya dah berhenti.. Tekak kering dada pun rasa sakit sikit.. hehe aku telan air batu buka puasa hari tu.. merase la peritnya.. (ada sorang kawan aku ni,Dirza tegur aku minum 100Plus sejuk lepas Jogging..hehe tu la tak amek ikhtibar.. air batu ni banyak penyakitnya) so lepas kecewa Khamis lepas aku try lagi malam ni.. trek yang sama.. tak kira la pulak aku berapa Kilo.. mungkin 3 setengah kot.. aku buat benda same lagi masa buka puasa.. dah elok minum air masak sambung pulak minum air Teb...