Rinjani 3.0: Part 1, Perjalanan sebuah hikmah
Mukadimah: Aku ada semangat sikit untuk mula menulis log Trip Rinjani 2015 Chakcibor ni sebab melihatkan blog Chief Trip, En Edruce. Walaupun belum tamat kisahnya En Edruce, sekurang-kurangnya dia sudah memulakan. theedruce.blogspot.com Dan kali ini, aku perlu mulakan juga. Walaupun menulis log ni sebenarnya sangatlah penat, sebab kena disulamkan dengan pengalaman peribadi yang meliputi hal-hal pengalaman fizikal seperti kekejangan ketika mendaki, pengalaman emosi seperti menikmati keindahan dengan tenang mahupun kemarahan kerana urusan-urusan semasa mendaki, mahupun pengalaman spiritual yang tentunya ada. Kita lakukan apa sahaja, tidak dapat lari dari kepercayaan spiritual kita. #faith Untuk rekod ini adalah kali ketiga aku menjejakkan kaki ke Puncak Gunung Rinjani. Sebab itu ianya dinamakan 3.0. Kata-kata mutiara: "Hiduplah memberi sebanyak-banyaknya, bukan mengambil sebanyak-banyaknya - andrea hirata, laskar pelangi" Ini pengalaman aku yang kedu...