Posts

Ramadhan Pergi

Image
Laailahaillalah.. Tempat favourite Terawih di Ampang. Masjid Darul Ehsan Taman TAR. Alhamdulillah lengkap 23 rakaat dengan witir. Moga ada pahala dan kebaikan. Rupa paras masjid banyak berubah. Jauh maju.  Masjid di tengah hutan dan perumahan yang kurang sibuk. Tenang. Dingin. Hening. Habis terawih seperti biasa di sini ada Teh Halia Pedas, resepi tahunan moreh di Masjid Darul Ehsan. Maka nikmat Tuhan yang mana kamu ingin dustakan? 1022 pm 29 April 22 27 Ramadhan 1443H

Hadiah Al-Quran oleh Cikgu Normah

Image
Ketika menjalankan Amanah Semalam masa bersarapan nasi lemak, borak dengan pak cik Khalid dan isteri, Cikgu Ain yang makan di meja sebelah.  Pakcik Khalid pesara berumur 75 tahun. Dulu dia jaga Ibu Sawat pencawang telekomunikasi. Pesan mereka berdua, jaga kesihatan, buat kerja dengan amanah, jangan ambil rasuah, cari rezeki yang halal, insha'Allah akan berkat sampai ke usia tua. Kata Pakcik Khalid lagi, susah nak dapat kerajaan macam zaman 60-an dulu (Zaman Tun Razak), Kerajaan yang tolong Rakyat. Pemimpin bila pakai baju pemimpin, senang lupa. Sedangkan bila angkat sumpah, junjung Al-Quran. Pagi ni lawat Cikgu Normah pula yang perlukan bantuan perubatan untuk anaknya yang agak tinggi.  Biar pun dalam keadaan begitu susah, Cikgu Normah tak minta apa yang lebih, cuma mahu cukupkan apa yang perlu sahaja. "Yang lain insha'Allah saya boleh usaha" Bila nak pulang, Cikgu bekalkan kami dengan sedikit makanan dan sambal. Aku pula terkedu , ...

22022022 , Taman Kinrara.

Image
Ada apa dengan hari ini. 20/02/2022. Deruan angin dan guruh di Surau An-Nur, Taman Kinrara.  Habis Zuhur, dan menanti Asar. Banyak kisah di Taman Kinrara. Di sini tempat Nadiah bersekolah tadika. Di sini arwah Ayah Yahya/Musa mencari rezeki dan bawa pulang segenggam nasi untuk mama dan Diya. Tempat yang sama 2022 berbanding 2013 dahulu. Al-Fatihah Ayah Musa. Ramadhan kian menghampiri. Syawal pula menyusul nanti. Apa rasanya Ramadhan dan Syawal tanpa Ayah agaknya. Buat masa ini Allah masih rezekikan kami dengan keluarga yang lengkap. Alhamdulillah. Semoga umur-umur ini digunakan di jalan yang baik dan benar. Sesungguhnya kita telah diturunkan ke dunia dengan nikmat, namun kita kembali kepadaNya dengan dosa-dosa. An-Nur, yang bercahaya.

1/9 hari baharu. suasana baharu. cabaran baharu.

Image
Alhamdulillah. Dapat aku lengkapkan perpindahan kerja aku dari TMR ke tempat baharu. Teruja, namun gementar.  Faqih pula tak tahu lah macam mana. Katanya sampai je terus cari mainan dekat sekolah baru.  Aku pulak, lepas selesai induksi, terus ke pejabat YB untuk dengar taklimat SU Kanan, Ong. Alhamdulillah sepanjang hidup ni dijumpakan dengan orang yang baik-baik. Meninggalkan tanggapan buruk yang kita ada dulu tentang apa yang ada di hadapan. Moga Allah SWT terus bimbing hati yang berbolak balik ini. Kepada Tuhan urusan dunia ini kuserahkan. Signing in Afiq Aziz

Idealistik dalam politik

Image
 I dealistik dalam politik (Pic Berita Harian) Dulu bila DS Anwar Ibrahim dapat pengampunan dan bebas dari penjara, aku dapat bayangan yang dia akan take a back seat, and instead push new faces ke depan macam watak Saifudin Nasution, Nurul Izzah dan Fahmi Fadzil. Mungkin sedikit sebanyak dapat elakkan polemik Mahathir-Anwar. Tapi dalam politik itu hanya ideal. Tidak praktikal. Begitu juga apabila dikatakan boleh Tun M serah kuasa kepada Anwar seperti praktis biasa dahulu, namun perlembagaan tidak membenarkan kalau orang yang nak diserah jawatan itu tidak dapat sokongan. Walaupun idealnya, dapat Tun M serahkan sahaja jawatan PM itu atas dulang emas, seperti janjinya. Walaupun berat hati, tapi berkali2 Tun M sebut, "Saya dah janji, saya kena buat". Fast forward, apabila kerajaan dahulu gagal tangani wabak kerana sibuk pertahankan kuasa, dan memang sudah hilang majoriti, timbul idea Mageran. Idealnya kalau dapat disatukan semua pemimpin besar dan salah seorang Raja, mungkin Tim...

It sounds idealistic, but it falls under the hands of God

Image
 just saying.. 27 April 2021, 1.33pm TMR, Quattro West, PJ Looking to sign off.

maaf yang paling sukar

Firman ALLAH SWT: "Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta jangan mempedulikan orang-orang yang jahil." (Surah al-A'raf, ayat 199) Petikan: Sinar Harian- ALLAH akan meninggikan darjat mereka yang maafkan orang lain. https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/67146?fbclid=IwAR0Ts0K50ZfhiF2CXsJ15NTMCbFpLahJBvGbqZvPIEr8MG2Iw7TUW5DJ93k Sesuatu yang paling seronok dalam dunia ni, aku rasa adalah bila dapat maafkan orang atas salah dia kepada kita. Selalu ingat baik orang pada kita Lupakan baik kita pada orang Selalu ingat salah kita pada orang Lupakan salah orang pada kita Itulah resepi hati yang tenang. Tapi rasanya, senang-senang kita maafkan orang, dan tinggi darjat dengan maafkan orang itu, bagaimana pula perihalnya dengan permaafan buat diri sendiri? Rasanya, itu lebih sukar. Dan mungkin tidak ada darjat khusus untuk hal ini. Esok, swab test kedua dan terakhir untuk aku di klinik di Taman Permata. Kalau positive, bermakna aku mu...

Self isolate Covid-19

Image
13 Jan, 2021. Untuk semua rakyat Malaysia, ia adalah hari Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) kerana jangkitan virus Covid-19 yang sangat tinggi, di mana jumlah jangkitan empat angka menghantui kehidupan rakyat semenjak awal Oktober 2020 rentetan daripada kesan Pilihan Raya Negeri Sabah. Kali terakhir rakyat dapat melihat jangkitan dua digit adalah pada 30 September 2020, iaitu dengan 90 kes harian dicatatkan. Semenjak itu, jangkitan yang bermula dari Sabah - yang terus mencatatkan tiga angka, sudah tular ke semenanjung. Covid-19 menyerang negeri-negeri yang mempunyai kepadatan tinggi - kerana banyak kontak fizikal berlaku di negeri-negeri ini.  Angka yang beratus-ratus sudah bukanlah sesuatu yang ganjil semenjak itu. Malahan tanggal 24 Oktober, Malaysia mencapai paras empat angka jangkitan Covid-19, dengan 1,228 kes harian telah dicatatkan. Rakyat sedikit lega dengan penurunan kes harian pada 29 October (649 kes), 11 November (822 kes) dan pada 9 Disember 959 kes harian direkodk...

2021: Cerita apa

Image
2020, satu tahun yang berlalu, bersahaja. Sukar untuk dijangka bagaimana 2021 itu kelihatan seperti apa. Apa perancangan. Apa pula hasil yang berkemungkinan. Aku hilang beberapa perkara tahun ini. Tapi dapat nikmat yang jauh lebih besar. Nikmat nyawa. Lose some, gain some. Atau mungkin lose some, gain lot. Ayah hampir hilang nyawanya.  Recapnya begini. Petang 4 Oktober, Ahad. Ayah, ibu, dan intan datang ke rumah Puchong. Hantar sesuatu milik isteri. Aku tak ingat apa dia. Tapi sebenarnya mereka pun sengaja dan suka datang sebab nak layan anak kecil - si Al-Faqih. Diya sudah sarat 35 minggu lebih kurang. Semua berlalu dengan baik. Macam biasa, mereka singgah sekejap, tak lama, lalu berangkat pulang. Tapi ada yang aku rasa tak sedap hati. Tak tahu apa. Malamnya aku menonton bola sepak EPL di tingkat bawah. Diya dan Faqih sudah tidur. Dia sebut atuk. Cerita pasal atuk. Aku layankan saja sampai dia hampir tidur. Masuk mesej di group WhatsApp family jam 10 malam. Ayah di hospital Ampang...

Tidur peluk kasut

Image
Kawan, Hari ni dah 12 Julai. Maksudnya dah 10 hari aku mula berjalan kaki jarak jauh. Malang sikit. Selasa lepas, sebaik je balik assignment di PICC, nampak ada ruam belakang pinggang. Malam tu minta puan CEO check, disahkan KAYAP. Pergi la hospital malam tu dan masih bekerja pada Rabu, pergi assignment  di Bangunan MITI di KL. Jadi agak tergendalalah plan aku. Sebenarnya hari Isnin, aku ada beli kasut baru.  Kira macam senyap2 tak bagitau sesiapa. Cuma aku tanya lah running partner lama, Zahri. Nak check harga. Ini Nimbus 21, made 2019. Aku memang kena pakai Nimbus so far sebab dia masih offer under pronation punya sistem larian. Last kasut aku Nimbus 16. Macam dalam gambar. Aku lari under pronate lepas injury planta fascitis masa hujung 2014,  yang kemudian berlarutan ke 2015 dan seterusnya.  That particular month, 4 running events without recovery. a) 10km Maksak Run Putrajaya (6/9/2014) then the incoming weeks.... b) 21km Reebok Challenge Putrajaya (yang ni ganti...

Can i reduce 20kg in 6 months?

Image
My friend , dinkuda told me a story on how he managed to "bring down" his sugar level tremendously in a short period of time. The Doctor also shocked and asked him. "How? I don't care how you did this but I want you to cut whatever you took by half" the doctor said. Din argued "Eh, its good isn't it? Why cant i?" The doctor briefly explained "Din, we are not 'dewa-dewi' (angle) that can reduce this kind of things too drastic. There are side affects. We must do it bit by bit" So here am I. A 91.2kg man at the age of 32. When I was 26, means in 2014, six years ago, the heaviest weight I had put on was around 85kg. So I cant tolerate my weight now anymore. But I cant run. And I dont like cycling. My shoes are all kaput, especially for road. For trail, i noticed the insole is not there anymore. Maybe the last tukang jahit forgot to put it back. So I must call him again. If not, I can't go into the trail. July 1st, I decided to acc...

INFLUENZA A

Image
Hi Faqih. Assalamualaikum anak abah. Lama dah abah tak tulis pasal kita. Emel dan password Blog binafiqaziz pun abah tak ingat dah. Last update cerita Faqih lahir ke dunia. Sakit Umi lahirkan dan jaga Faqih di Hospital Ampang. Termasuk lah tiga hari di NICU sebab kuning. Fast forward, Faqih masuk wad lagi masa first week dekat taska. Masa tu Nov 2019. Kita baru je pindah Kinrara, Puchong. Malam tu Faqih demam panas. Sampai 39c. Kami tak tahu nak buat apa sebab tak ada klinik yang biasa kita boleh pergi. Ada Dr bagi Faqih ubat sampai overdose pun sebab klinik tu bukan pakar kanak-kanak. Faqih baru setahun enam bulan. Alhamdulillah malam tu kami buat keputusan tepat, jam 1 pagi bawa kamu ke Subang Jaya Medical Centre. 15 km je dari rumah kita tapi jauh dari orang lain, dari Ampang, dan Semenyih. Tiga malam Faqih tidur hospital termasuklah malam tu. Ramai orang datang. Dari melaka pun ada. Punca nya cuma badan Faqih tak biasa dgn persekitaran baru di taska. Jadi Faqih tengah c...

A year ago: THE history

Image
FOR many, politics would be the topic of interest - a year after we witnessed the historical change of government. In the last three elections, I was part of the political machinery, from tie and hang flags, to then become a counting head at the polling station. GE14, however, gave me a different experience. Let me had a different perspective. Professionally, as a reporter. It would be a major event in my diary. Such a nervous awaiting moments that we could feel, at the Secret Recipe Mont Kiara, the night before the polling day. Me, Remy Younes, Shahira and Alifah. None of us, I think can expect the outcome of tomorrow. What we do know that it could be a historical day. Either there would be changes in the government, or not. It would be the first time for almost of us covering the general election.  I could feel, it would be a different "air" that I would breathe in the next 24 hours. I just do not know what would be. Then, come the next mo...