Posts

Showing posts from 2013

Melacuri UMNO

-Melacuri UMNO- Hari ini mereka melabur wang ringgit untuk mendapatkan kuasa. Setelah berkuasa mereka sibuk untuk menebus pelaburan mereka yang hari ini. Tidak cukup dengan itu, mereka mengaut laba dan keuntungan daripada pelaburan hari ini supaya mereka boleh melabur lebih lagi pada masa akan datang. Dengan itu, mereka beroleh kuasa yang lebih banyak dan begitulah seterusnya... Itulah pelaburan mereka. Kemudian kita tertanya seperti orang bodoh dan bebal "Mana hang pa semua satu penggal ni hilang? Tak nampak batang hidung? Masa pertandingan baru nampak muka. Celaka!!" Apa nak marah? Bukankah kita bersetuju untuk mengaut laba dan ringgit hanya tiga tahun sekali? Biarlah mereka fikir tentang tengkolok dan laba mereka selama tiga tahun yang berkuasa itu. Supaya mereka boleh beri kita lebih lagi tiga tahun akan datang? Siapa sebenarnya yang celaka memilih mereka? Tiga tahun yang sibuk untuk diri sendiri, bilanya ada masa nak fikir tentang orang Melayu? UMNO yang lahir di i

Blogging

Image
Aku memang teringin untuk menulis dan terus menulis. Kerana tulisan ini pasti diabadikan buat sesuatu yang bermanfaat pada masa hadapan. Jika bukan manfaat untuk ku, pasti manfaat untuk teman,sahabat,dan umat. Ada kawan dulu pernah beritahu, pernah baca tulisan yang santai begini dan dirasanya sangat senang dan relax. Tidak terlalu berat. Mungkin kerana isinya juga tak sarat. Tapi aku juga mahu menulis akan apa yang ada dalam hati,benak,fikiran, tentang apa yang boleh dijadikan manfaat. Kata orang, kalau cakap tentang manusia , rendah tarafnya, kurang manfaatnya, tentang peristiwa adalah sederhana . Sebaik baiknya adalah bercakap tentang idea. Aku mungkin tak dapat lari dari dunia skema yang memang telah dibentuk dari dulu. Memerhati, mencari, menduga dan menyimpulkan. Setiap yang ada di depan mata. Setiap yang didengari telinga. Namun kadangkala dilupa, yang buta bukan mata kepala. Tapi hati yang ada di dalam dada. Hari ni bila aku buka semula blogspot, semakin sarat dengan pengis