Posts

Showing posts from 2021

1/9 hari baharu. suasana baharu. cabaran baharu.

Image
Alhamdulillah. Dapat aku lengkapkan perpindahan kerja aku dari TMR ke tempat baharu. Teruja, namun gementar.  Faqih pula tak tahu lah macam mana. Katanya sampai je terus cari mainan dekat sekolah baru.  Aku pulak, lepas selesai induksi, terus ke pejabat YB untuk dengar taklimat SU Kanan, Ong. Alhamdulillah sepanjang hidup ni dijumpakan dengan orang yang baik-baik. Meninggalkan tanggapan buruk yang kita ada dulu tentang apa yang ada di hadapan. Moga Allah SWT terus bimbing hati yang berbolak balik ini. Kepada Tuhan urusan dunia ini kuserahkan. Signing in Afiq Aziz

Idealistik dalam politik

Image
 I dealistik dalam politik (Pic Berita Harian) Dulu bila DS Anwar Ibrahim dapat pengampunan dan bebas dari penjara, aku dapat bayangan yang dia akan take a back seat, and instead push new faces ke depan macam watak Saifudin Nasution, Nurul Izzah dan Fahmi Fadzil. Mungkin sedikit sebanyak dapat elakkan polemik Mahathir-Anwar. Tapi dalam politik itu hanya ideal. Tidak praktikal. Begitu juga apabila dikatakan boleh Tun M serah kuasa kepada Anwar seperti praktis biasa dahulu, namun perlembagaan tidak membenarkan kalau orang yang nak diserah jawatan itu tidak dapat sokongan. Walaupun idealnya, dapat Tun M serahkan sahaja jawatan PM itu atas dulang emas, seperti janjinya. Walaupun berat hati, tapi berkali2 Tun M sebut, "Saya dah janji, saya kena buat". Fast forward, apabila kerajaan dahulu gagal tangani wabak kerana sibuk pertahankan kuasa, dan memang sudah hilang majoriti, timbul idea Mageran. Idealnya kalau dapat disatukan semua pemimpin besar dan salah seorang Raja, mungkin Tim

It sounds idealistic, but it falls under the hands of God

Image
 just saying.. 27 April 2021, 1.33pm TMR, Quattro West, PJ Looking to sign off.

maaf yang paling sukar

Firman ALLAH SWT: "Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta jangan mempedulikan orang-orang yang jahil." (Surah al-A'raf, ayat 199) Petikan: Sinar Harian- ALLAH akan meninggikan darjat mereka yang maafkan orang lain. https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/67146?fbclid=IwAR0Ts0K50ZfhiF2CXsJ15NTMCbFpLahJBvGbqZvPIEr8MG2Iw7TUW5DJ93k Sesuatu yang paling seronok dalam dunia ni, aku rasa adalah bila dapat maafkan orang atas salah dia kepada kita. Selalu ingat baik orang pada kita Lupakan baik kita pada orang Selalu ingat salah kita pada orang Lupakan salah orang pada kita Itulah resepi hati yang tenang. Tapi rasanya, senang-senang kita maafkan orang, dan tinggi darjat dengan maafkan orang itu, bagaimana pula perihalnya dengan permaafan buat diri sendiri? Rasanya, itu lebih sukar. Dan mungkin tidak ada darjat khusus untuk hal ini. Esok, swab test kedua dan terakhir untuk aku di klinik di Taman Permata. Kalau positive, bermakna aku mu

Self isolate Covid-19

Image
13 Jan, 2021. Untuk semua rakyat Malaysia, ia adalah hari Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) kerana jangkitan virus Covid-19 yang sangat tinggi, di mana jumlah jangkitan empat angka menghantui kehidupan rakyat semenjak awal Oktober 2020 rentetan daripada kesan Pilihan Raya Negeri Sabah. Kali terakhir rakyat dapat melihat jangkitan dua digit adalah pada 30 September 2020, iaitu dengan 90 kes harian dicatatkan. Semenjak itu, jangkitan yang bermula dari Sabah - yang terus mencatatkan tiga angka, sudah tular ke semenanjung. Covid-19 menyerang negeri-negeri yang mempunyai kepadatan tinggi - kerana banyak kontak fizikal berlaku di negeri-negeri ini.  Angka yang beratus-ratus sudah bukanlah sesuatu yang ganjil semenjak itu. Malahan tanggal 24 Oktober, Malaysia mencapai paras empat angka jangkitan Covid-19, dengan 1,228 kes harian telah dicatatkan. Rakyat sedikit lega dengan penurunan kes harian pada 29 October (649 kes), 11 November (822 kes) dan pada 9 Disember 959 kes harian direkodkan.