Posts

Showing posts from 2022

Ramadhan Pergi

Image
Laailahaillalah.. Tempat favourite Terawih di Ampang. Masjid Darul Ehsan Taman TAR. Alhamdulillah lengkap 23 rakaat dengan witir. Moga ada pahala dan kebaikan. Rupa paras masjid banyak berubah. Jauh maju.  Masjid di tengah hutan dan perumahan yang kurang sibuk. Tenang. Dingin. Hening. Habis terawih seperti biasa di sini ada Teh Halia Pedas, resepi tahunan moreh di Masjid Darul Ehsan. Maka nikmat Tuhan yang mana kamu ingin dustakan? 1022 pm 29 April 22 27 Ramadhan 1443H

Hadiah Al-Quran oleh Cikgu Normah

Image
Ketika menjalankan Amanah Semalam masa bersarapan nasi lemak, borak dengan pak cik Khalid dan isteri, Cikgu Ain yang makan di meja sebelah.  Pakcik Khalid pesara berumur 75 tahun. Dulu dia jaga Ibu Sawat pencawang telekomunikasi. Pesan mereka berdua, jaga kesihatan, buat kerja dengan amanah, jangan ambil rasuah, cari rezeki yang halal, insha'Allah akan berkat sampai ke usia tua. Kata Pakcik Khalid lagi, susah nak dapat kerajaan macam zaman 60-an dulu (Zaman Tun Razak), Kerajaan yang tolong Rakyat. Pemimpin bila pakai baju pemimpin, senang lupa. Sedangkan bila angkat sumpah, junjung Al-Quran. Pagi ni lawat Cikgu Normah pula yang perlukan bantuan perubatan untuk anaknya yang agak tinggi.  Biar pun dalam keadaan begitu susah, Cikgu Normah tak minta apa yang lebih, cuma mahu cukupkan apa yang perlu sahaja. "Yang lain insha'Allah saya boleh usaha" Bila nak pulang, Cikgu bekalkan kami dengan sedikit makanan dan sambal. Aku pula terkedu ,

22022022 , Taman Kinrara.

Image
Ada apa dengan hari ini. 20/02/2022. Deruan angin dan guruh di Surau An-Nur, Taman Kinrara.  Habis Zuhur, dan menanti Asar. Banyak kisah di Taman Kinrara. Di sini tempat Nadiah bersekolah tadika. Di sini arwah Ayah Yahya/Musa mencari rezeki dan bawa pulang segenggam nasi untuk mama dan Diya. Tempat yang sama 2022 berbanding 2013 dahulu. Al-Fatihah Ayah Musa. Ramadhan kian menghampiri. Syawal pula menyusul nanti. Apa rasanya Ramadhan dan Syawal tanpa Ayah agaknya. Buat masa ini Allah masih rezekikan kami dengan keluarga yang lengkap. Alhamdulillah. Semoga umur-umur ini digunakan di jalan yang baik dan benar. Sesungguhnya kita telah diturunkan ke dunia dengan nikmat, namun kita kembali kepadaNya dengan dosa-dosa. An-Nur, yang bercahaya.