Posts

Showing posts from March, 2022

Hadiah Al-Quran oleh Cikgu Normah

Image
Ketika menjalankan Amanah Semalam masa bersarapan nasi lemak, borak dengan pak cik Khalid dan isteri, Cikgu Ain yang makan di meja sebelah.  Pakcik Khalid pesara berumur 75 tahun. Dulu dia jaga Ibu Sawat pencawang telekomunikasi. Pesan mereka berdua, jaga kesihatan, buat kerja dengan amanah, jangan ambil rasuah, cari rezeki yang halal, insha'Allah akan berkat sampai ke usia tua. Kata Pakcik Khalid lagi, susah nak dapat kerajaan macam zaman 60-an dulu (Zaman Tun Razak), Kerajaan yang tolong Rakyat. Pemimpin bila pakai baju pemimpin, senang lupa. Sedangkan bila angkat sumpah, junjung Al-Quran. Pagi ni lawat Cikgu Normah pula yang perlukan bantuan perubatan untuk anaknya yang agak tinggi.  Biar pun dalam keadaan begitu susah, Cikgu Normah tak minta apa yang lebih, cuma mahu cukupkan apa yang perlu sahaja. "Yang lain insha'Allah saya boleh usaha" Bila nak pulang, Cikgu bekalkan kami dengan sedikit makanan dan sambal. Aku pula terkedu ,