Posts

Showing posts with the label Pemuda UMNO

G7 [Politik]

Image
1. Alhamdulillah. UMNO Bahagian Ampang bersama pergerakan pemuda, wanita dan puteri sudah selesai melaksanakan Persidangan Perwakilan Tahunannya bagi Tahun 2014. Ia adalah persidangan kali ke-11 semenjak UMNO Bahagian Ampang ditubuhkan. 2. Di dalam perhimpunan ini, perasminya iaitu Datuk Seri Shafie Hj Apdal, Naib Presiden UMNO berkali-kali menekankan mengenai kesungguhan dan komitmen ahli UMNO terhadap masyarakat Melayu. Beliau berkali-kali memesan dengan bahasa kiasnya, bahawa ahli UMNO terlalu mementingkan pertandingan di dalam parti (contohnya G7) sehingga terlupa tiada guna menang di dalam parti andai parti tidak punyai kuasa politik. 3. G7 adalah kumpulan perwakilan yang dipilih melalui mesyuarat UMNO peringkat Bahagian untuk mewakili bahagian tersebut ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) bagi tahun tersebut. Mereka mengiringi enam pegawai di peringkat Bahagian iaitu Ketua, Timbalan, Naib serta Ketua-ketua Sayap UMNO Bahagian iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri. 4. Semasa ucapan pe...

Melacuri UMNO

-Melacuri UMNO- Hari ini mereka melabur wang ringgit untuk mendapatkan kuasa. Setelah berkuasa mereka sibuk untuk menebus pelaburan mereka yang hari ini. Tidak cukup dengan itu, mereka mengaut laba dan keuntungan daripada pelaburan hari ini supaya mereka boleh melabur lebih lagi pada masa akan datang. Dengan itu, mereka beroleh kuasa yang lebih banyak dan begitulah seterusnya... Itulah pelaburan mereka. Kemudian kita tertanya seperti orang bodoh dan bebal "Mana hang pa semua satu penggal ni hilang? Tak nampak batang hidung? Masa pertandingan baru nampak muka. Celaka!!" Apa nak marah? Bukankah kita bersetuju untuk mengaut laba dan ringgit hanya tiga tahun sekali? Biarlah mereka fikir tentang tengkolok dan laba mereka selama tiga tahun yang berkuasa itu. Supaya mereka boleh beri kita lebih lagi tiga tahun akan datang? Siapa sebenarnya yang celaka memilih mereka? Tiga tahun yang sibuk untuk diri sendiri, bilanya ada masa nak fikir tentang orang Melayu? UMNO yang lahir di i...