Posts

Showing posts from August, 2021

Idealistik dalam politik

Image
 I dealistik dalam politik (Pic Berita Harian) Dulu bila DS Anwar Ibrahim dapat pengampunan dan bebas dari penjara, aku dapat bayangan yang dia akan take a back seat, and instead push new faces ke depan macam watak Saifudin Nasution, Nurul Izzah dan Fahmi Fadzil. Mungkin sedikit sebanyak dapat elakkan polemik Mahathir-Anwar. Tapi dalam politik itu hanya ideal. Tidak praktikal. Begitu juga apabila dikatakan boleh Tun M serah kuasa kepada Anwar seperti praktis biasa dahulu, namun perlembagaan tidak membenarkan kalau orang yang nak diserah jawatan itu tidak dapat sokongan. Walaupun idealnya, dapat Tun M serahkan sahaja jawatan PM itu atas dulang emas, seperti janjinya. Walaupun berat hati, tapi berkali2 Tun M sebut, "Saya dah janji, saya kena buat". Fast forward, apabila kerajaan dahulu gagal tangani wabak kerana sibuk pertahankan kuasa, dan memang sudah hilang majoriti, timbul idea Mageran. Idealnya kalau dapat disatukan semua pemimpin besar dan salah seorang Raja, mungkin Tim