Posts

Showing posts from January, 2021

maaf yang paling sukar

Firman ALLAH SWT: "Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta jangan mempedulikan orang-orang yang jahil." (Surah al-A'raf, ayat 199) Petikan: Sinar Harian- ALLAH akan meninggikan darjat mereka yang maafkan orang lain. https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/67146?fbclid=IwAR0Ts0K50ZfhiF2CXsJ15NTMCbFpLahJBvGbqZvPIEr8MG2Iw7TUW5DJ93k Sesuatu yang paling seronok dalam dunia ni, aku rasa adalah bila dapat maafkan orang atas salah dia kepada kita. Selalu ingat baik orang pada kita Lupakan baik kita pada orang Selalu ingat salah kita pada orang Lupakan salah orang pada kita Itulah resepi hati yang tenang. Tapi rasanya, senang-senang kita maafkan orang, dan tinggi darjat dengan maafkan orang itu, bagaimana pula perihalnya dengan permaafan buat diri sendiri? Rasanya, itu lebih sukar. Dan mungkin tidak ada darjat khusus untuk hal ini. Esok, swab test kedua dan terakhir untuk aku di klinik di Taman Permata. Kalau positive, bermakna aku mu

Self isolate Covid-19

Image
13 Jan, 2021. Untuk semua rakyat Malaysia, ia adalah hari Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) kerana jangkitan virus Covid-19 yang sangat tinggi, di mana jumlah jangkitan empat angka menghantui kehidupan rakyat semenjak awal Oktober 2020 rentetan daripada kesan Pilihan Raya Negeri Sabah. Kali terakhir rakyat dapat melihat jangkitan dua digit adalah pada 30 September 2020, iaitu dengan 90 kes harian dicatatkan. Semenjak itu, jangkitan yang bermula dari Sabah - yang terus mencatatkan tiga angka, sudah tular ke semenanjung. Covid-19 menyerang negeri-negeri yang mempunyai kepadatan tinggi - kerana banyak kontak fizikal berlaku di negeri-negeri ini.  Angka yang beratus-ratus sudah bukanlah sesuatu yang ganjil semenjak itu. Malahan tanggal 24 Oktober, Malaysia mencapai paras empat angka jangkitan Covid-19, dengan 1,228 kes harian telah dicatatkan. Rakyat sedikit lega dengan penurunan kes harian pada 29 October (649 kes), 11 November (822 kes) dan pada 9 Disember 959 kes harian direkodkan.