Bukan Politik

Salam kepada semua Blogger dan Pembaca.

Penat sangat nak berkisah hal politik. Oleh itu, janganlah berasa janggal jika nama yang dikenali sebagai afiqumnos ini tidak mengulas hal politik di Blog ini. He he he..

Saya memang minat menulis sejak Sekolah Rendah lagi. Selain bercerita hal semasa, saya hanya mahu mengabadikan kisah sejarah hidup saya di dalam Blog. Seronok juga melihat penulis-penulis Blog menceritakan kisah seharian hidup mereka.

Dalam Blog ini, selain bercerita mengenai rutin harian saya juga akan sedikit sebanyak mengajak pembaca mengikuti kisah-kisah lama saya.

'Mereka yang tidak belajar daripada Sejarah akan dihukum dengan mengulangi kesilapan lampaunya berkali-kali'

Sedang kita mengatur hidup ke hadapan, Sejarah adalah titik masa yang sangat penting yang akan mengajar kita mengatur kehidupan tersebut.

Oleh itu, hidup yang tak pernah lari dari kesilapan ini boleh sentiasa diperbaiki bila kita melihat kembali Sejarah kita, Sejarah bangsa dan negara kita. InsyaAllah...

Comments

  1. http://www.smkdar.edunet.my
    ni la web yg aku maksudkan tu.

    ReplyDelete
  2. salam perjuangan sahabat... UMNO Selamanya.. Takbir! Allahuakhbar

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

G7 [Politik]

The Road I Took

Ramadhan Pergi