Self isolate Covid-19

13 Jan, 2021.

Untuk semua rakyat Malaysia, ia adalah hari Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) kerana jangkitan virus Covid-19 yang sangat tinggi, di mana jumlah jangkitan empat angka menghantui kehidupan rakyat semenjak awal Oktober 2020 rentetan daripada kesan Pilihan Raya Negeri Sabah.

Kali terakhir rakyat dapat melihat jangkitan dua digit adalah pada 30 September 2020, iaitu dengan 90 kes harian dicatatkan.

Semenjak itu, jangkitan yang bermula dari Sabah - yang terus mencatatkan tiga angka, sudah tular ke semenanjung. Covid-19 menyerang negeri-negeri yang mempunyai kepadatan tinggi - kerana banyak kontak fizikal berlaku di negeri-negeri ini. 

Angka yang beratus-ratus sudah bukanlah sesuatu yang ganjil semenjak itu. Malahan tanggal 24 Oktober, Malaysia mencapai paras empat angka jangkitan Covid-19, dengan 1,228 kes harian telah dicatatkan.

Rakyat sedikit lega dengan penurunan kes harian pada 29 October (649 kes), 11 November (822 kes) dan pada 9 Disember 959 kes harian direkodkan. Itulah kali terakhir rakyat menyaksikan angka tiga digit kes Covid-19.

Namun perlahan-lahan, jangkitan ini merebak ke seluruh negara, daripada hanya 90 kes pada hujung Disember, Malaysia mencatatkan purata jangkitan kepada angka harian 2,500 ke 3,000 kes sehari hari ini. 

Pada 10 December, kes harian naik lebih sekali ganda kepada 2,234 orang dijangkiti wabak ini. Pada 12 Januari, sehari sebelum PKP2.0 dikuatkuasakan, rekod baharu kes turut direkodkan iaitu 3,309 kes harian dicatatkan.

Negeri yang akan diletakkan di bawah PKP 2.0 untuk tempoh dua minggu, adalah Selangor, Penang, Johor, Sabah, Melaka serta Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya, Labuan. 

Ini adalah PKP, atau lockdown ke dua selepas PKP1.0 bermula Mac 2020, tamat pada hujung May 2020, dengan kerajaan menetapkan PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan supaya aktiviti ekonomi dapat dibuka dalam keadaan berjaga-jaga.



Lockdown sendiri

Hari ini juga, mungkin lockdown buat diri aku untuk beberapa hari, apabila disahkan seorang kawan yang mempunyai kontak rapat dengan aku disahkan positif Covid-19.

Kontak rapat terjadi pada Sabtu, 9 Januari 2021 apabila kami ada casual meeting di Shah Alam. 

"Assalamualaikum... Aku baru dapat result swab test positive Covid" kata kawan ni di group whatsap.

Aku terus maklumkan keluarga di Ampang dan cari di mana boleh buat swab test.

Untuk rekod, aku pernah buat swab test RT-PCR - iaitu ujian makmal yang mempunyai 95% ketepatan dalam ujian Covid-19 di Ampang Puteri Oktober lalu, rentetan daripada satu tugasan luar yang dikunjungi Menteri Zuraida Kamaruddin. Zuraida adalah kontak rapat kepada seorang pesakit Covid-19.

Harga drive trhough test di Ampang Puteri adalah RM388. Aku check dengan HR syarikat. Mereka benarkan untuk buat claim medical bagi ujian ini kerana ia berkait soal tugasan bagi pihak syarikat.

Hari ni aku ke Klinik Mediviron Ampang Water Front. RTPCR nya mahal juga RM350 tapi aku pilih untuk rapid test RTK-AG yang boleh siap dalam tempoh 30 minit, walau ketepatannya adalah 85%.

Senarai klinik swasta yang buat swab test ada di sini

http://covid-19.moh.gov.my/fasiliti-kesihatan/hospital-swasta-dan-klinik-swasta-berdaftar-untuk-covid19 

Harga RTK-AG di Mediviron adalah RM150. Perlu buat appointment. Sama ada pagi, atau petang kerana ujian dibuat di bahagian luar klinik oleh seorang petugas kesihatan yang datang lengkap berpakaian PPE.

Ada yang dah buat appointment, tapi lewat, tak dapat lakukan kerana petugas pun sudah lelah di dalam pakaian PPE.

Alhamdulillah. So far aku negatif. Walaupun aku ada rasa sakit tekak yang lain sikit, dan batuk. Petugas itu nyatakan keputusan aku buat RTK-AG tepat, kerana ujian ini masih boleh mengesan virus pada peringkat awal - kurang lime hari.

Namun perlu buat ujian kedua - kerana virus mungkin telah masuk ke badan tetapi belum aktif. Ujian kedua perlu kepada RT-PCR kerana ujian rapid test tadi sudah tidak dapat mengesan virus selepas lebih lima hari dan ujian makmal RT-PCR boleh mengesan virus sehingga tempoh sebulan.

Jadi aku perlu hadir kembali ke klink untuk ujian ini sama ada pada Ahad, atau Isnin nanti.

Setakat ini aku cuma batuk dan ada sedikit sakit badan. Tapi mungkin biasa saja sebab tak dapat tidur lena - si Faqih dan Nayra selalu pula meragam.

Jadi lokasi lockdown dalam rumah adalah dalam bilik bujang aku dulu. Bilik ni dulu share dengan Arit. Lepas kahwin, renovate rumah dan tambah bilik, aku duduk bilik belakang. Bilik bujang ni Faiz duduk, dan kemudian si Comel Aiman.

Banyak kenangan bilik ni. Aku selalu rasa nyaman bila duduk bilik ni. Dari dulu lagi. Tapi kesian dekat anak bini. Rasanya malam ni si Faqih kena tidur dengan makciknya supaya bini aku boleh lah fokus jaga Nayra.

Meja komputer ni pun memang meja lama aku. dan kerusi ni pun. Dulu guna personal PC. Main game. Football Manager, Counter Strike dan lain-lain.

Lima hari ni aku tak plan nak buat apa-apa lagi. Mungkin terus blogging dan submit stories macam biasa. Aku pun dah inform pejabat yang aku kena self kuarantin. Lagi pun memang kami disuruh kerja semula di rumah selepas kes Covid-19 naik menggila.

Ada few stories yang memang dah lama berlumut di assignment list. Hopefully boleh clear backlog ni.

Yang pasti Weekend ni aku tengok Liverpool vs Man Utd sorang je dalam bilik ni, boleh guna laptop aku ni tengok AstroGo.

Moga dijauhkanlah daripada Covid-19 ni. Tak ada siapa yang nak. Nature kerja aku pun memang jumpa orang, assignment dengan menteri - sangat crowded to some extend. Its work hazard.

 Tapi nasib tak baik, casual meeting yang lima orang di rumah tu yang mungkin jadi penyebab kepada aku dapat Covid-19 ni. Dah terpaksa susahkan orang. 

Minta maaflah..



Aku

13 Jan 2021

Life is a test. Hopefully tested negative for Covid-19



Comments

Popular posts from this blog

G7 [Politik]

The Road I Took

Prerogative Powers