Idealistik dalam politik




 Idealistik dalam politik

(Pic Berita Harian)

Dulu bila DS Anwar Ibrahim dapat pengampunan dan bebas dari penjara, aku dapat bayangan yang dia akan take a back seat, and instead push new faces ke depan macam watak Saifudin Nasution, Nurul Izzah dan Fahmi Fadzil.
Mungkin sedikit sebanyak dapat elakkan polemik Mahathir-Anwar.
Tapi dalam politik itu hanya ideal. Tidak praktikal.
Begitu juga apabila dikatakan boleh Tun M serah kuasa kepada Anwar seperti praktis biasa dahulu, namun perlembagaan tidak membenarkan kalau orang yang nak diserah jawatan itu tidak dapat sokongan.
Walaupun idealnya, dapat Tun M serahkan sahaja jawatan PM itu atas dulang emas, seperti janjinya. Walaupun berat hati, tapi berkali2 Tun M sebut, "Saya dah janji, saya kena buat".
Fast forward, apabila kerajaan dahulu gagal tangani wabak kerana sibuk pertahankan kuasa, dan memang sudah hilang majoriti, timbul idea Mageran.
Idealnya kalau dapat disatukan semua pemimpin besar dan salah seorang Raja, mungkin Timbalan YDPA Sultan Nazrin boleh pengerusikan badan ini bersama tenaga professional.
Mungkin ini boleh satukan kembali rakyat dan wujudkan frekuensi yang sama antara pemimpin dan orang kebanyakan sampai kita dapat kawal pandemik ini.
Namun ini juga tidaklah terjadi. Kerana ianya sangat ideal, dan Raja-raja juga perlu berpegang kepada perlembagaan negara. Jika terlanggar, boleh jadi bad precedent.
Sebelum PM9 dinamakan Jumaat lalu, ramai orang cerita tentang Kerajaan Perpaduan - Ambiga, Khalid Samad, Amirudin Shari dan Lim Kit Siang antaranya.
Idea yang dah disebut 18 bulan lalu, tapi ditolak semua lapisan masyarakat, mungkin hanya sebab idea itu datang dari Tun M setelah beliau hilang kuasa.
Hari ini YDPA juga menzahirkan hasrat agar kerajaan stabil akan terbina. Yang menang tidak menekan yang kalah.
Sekali lagi, idealnya adalah jika Kerajaan yang menang ini menghulurkan tangan kepada yang kalah, dan bina kabinet perpaduan dengan satu matlamat, bawa kita sama-sama keluar dari kemelut kesihatan ini. Set satu frekuensi yang sama dengan rakyat. Pemimpin bersatu, rakyat juga bersatu.
Ada yang kata mesti ambil yang muda. Ada benarnya. Tapi kerja ini bukan tentang umur, tetapi siapa boleh deliver.

Jika dulu, PH minta ketua parti hantar resume dan kelayakan Ahli Parlimen masing2 untuk dicalonkan ke jawatan Menteri.
Walaubagaimanapun, Tun M terpaksa pertimbang jawatan menteri kanan sesuai dengan seniority ketua parti, termasuk YB Mohd Sabu di Kementah.
Bukanlah beliau pemimpin yang tidak baik tetapi kesesuaian itu tidak terletak pada tempatnya. Namun itulah keterbatasan yang ada. Maksudnya tidak boleh lari dari pertimbangan politik, walaupun telah ada ahli yang lebih layak menurut proses yang betul.
Tiba giliran TS Muhyiddin, lebih parah kerana bukan saja terpaksa pertahankan kerajaan yang ada dengan suapan jawatan kabinet yang besar, tetapi memastikan Bersatu memegang jawatan strategik di dalam kerajaan.
Radzi Jiddin dan Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Kanan, dan Azmin Ali (second in command) kemudian masuk Bersatu untuk kukuhkan cengkaman Bersatu dalam kerajaan. Tapi cengkaman ni tak bertahan lama. Kerajaan jatuh.
Polemik politik berterusan dan penyelesaian kepada masalah Covid-19 masih belum nampak ada kesudahan. Lebih 200 orang , bersamaan 5 buah bas dengan muatan penuh meninggal dunia sehari.
Soalnya adakah kerajaan DS Ismail Sabri akan cuba formula baru? Atau masih kekal dengan cara lama.
Dua faktor besar Ismail nanti adalah tekanan kluster mahkamah vs tekanan dari Bersatu, dan lebih daripada itu, soal political funding.
Umno sudah ganti Dato Tajuddin Rahman dengan DS Mohamad Hasan sebagai pengarah pilihanraya Umno. Kita tengok dekat mana Tok Mat akan diletak nanti.
Berdasarkan audio yang bocor semasa mesyuarat MKT, Tajudin pun cakap, Umno tidak ada duit. Sampai ada jentera yang tidak berbayar walau telah dijanji.
Kemudian, bagaimana pula Umno, yang juga Ismail Sabri Naib Presidennya, mahu kekang Bersatu supaya tidak peroleh dana politik yang kukuh. Keranakedua-dua parti ada market base yang sama.
Semasa kerajaan PN, kita lihat beberapa projek besar menjadi tajuk berita utama, seperti pengambilalihan Airport Subang, pembatalan rail trek KVDT dan campur tangan dalam Prasarana.
Mungkin ia bersangkut dengan cara bagaimana parti boleh memperolehi dana daripada projek/syarikat yang mempunyai kontrak berbillion ini.
Kalau diikutkan kenyataan rasmi Ismail hari ini - hari pertama sebagai PM, beliau menjemput anggota pembangkang untuk menyertai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Covid-19. Namun tiada tanda akan wujud satu kerajaan perpaduan yang dikatakan formula baharu politik hari ini.
Jemputan ini adalah satu petanda yang baik, namun sejauh mana ia akan meleraikan kekusutan politik?
Adakah ahli politik kita akan bersedia lakukan gencatan senjata? Bersama fokus tangani krisis ini dahulu dan letak SEMUA kepentingan politik di tepi, termasuk tidak menyusun ahli politik di dalam Kementerian dan GLC untuk mengukuhkan kuasa?
Sekali lagi, ia terlalu idealistik.

Comments

Popular posts from this blog

G7 [Politik]

The Road I Took

Prerogative Powers