Hadiah Al-Quran oleh Cikgu Normah


Ketika menjalankan Amanah

Semalam masa bersarapan nasi lemak, borak dengan pak cik Khalid dan isteri, Cikgu Ain yang makan di meja sebelah. 


Pakcik Khalid pesara berumur 75 tahun. Dulu dia jaga Ibu Sawat pencawang telekomunikasi.

Pesan mereka berdua, jaga kesihatan, buat kerja dengan amanah, jangan ambil rasuah, cari rezeki yang halal, insha'Allah akan berkat sampai ke usia tua.

Kata Pakcik Khalid lagi, susah nak dapat kerajaan macam zaman 60-an dulu (Zaman Tun Razak), Kerajaan yang tolong Rakyat.

Pemimpin bila pakai baju pemimpin, senang lupa. Sedangkan bila angkat sumpah, junjung Al-Quran.

Pagi ni lawat Cikgu Normah pula yang perlukan bantuan perubatan untuk anaknya yang agak tinggi.


 Biar pun dalam keadaan begitu susah, Cikgu Normah tak minta apa yang lebih, cuma mahu cukupkan apa yang perlu sahaja.

"Yang lain insha'Allah saya boleh usaha"

Bila nak pulang, Cikgu bekalkan kami dengan sedikit makanan dan sambal.

Aku pula terkedu , dihadiahi senaskah Al-Quran Rasm Uthmani dari Mesir, kerana anaknya Syahmi belajar di sana dulu.


Simpan cerita di sini untuk pedoman diri. Hadiah ini tidak ternilai.

Syukur sebab dapat sibukkan diri dengan perkara yang memberi manfaat.

Kata orang, bila sibukkan diri dengan kebaikan, kebaikanlah yang kita dapat. 

Kedua, kalau rasa hidup kita susah, mesti ada yang lebih susah. Namun dalam kesusahan mereka, tetap mampu memberi kembali.

Maka bersyukurlah selalu, dan jangan jemu sibukkan diri dengan kebaikan. 

Yang Menjalankan Amanah.

Pegawai biasa kepada insan luar biasa.

Comments

Popular posts from this blog

G7 [Politik]

Bukan Politik

The Road I Took