Thursday, September 3, 2009

Jogging Malam Puasa

Salam Ramadhan. Tak sempat nak menulis happy Ramadhan kat sini.. ALhamdulillah dah masuk ke bahagian pertengahan Ramadhan kali ini.. 10 malam kedua bermaksud 'mohon keampunan'.. maka inilah peluang kita nak bertaubat dengan sebenar taubat dan memohon sepenuh keampunan kepada Yang Maha Pengampun, Yang Maha Menerima Taubat.. InsyaAllah..

pada malam keenam Ramadhan kali ni aku bertekad nak jogging malam-lepas terawikh walaupun ada sorang kawan tu tegah aku dari bat macam tu..hehehe kata kena culik la takut kena langgar dengan mat rempit la..tapi Bulan Puasa ni aku serah semua pada yang Esa.. memang berat lah sangat rasa badan ni (walaupun ramai kata nampak ringan :P) jadi aku kenalah jugak turun menyarung kasut buruk Reebok aku dan beraksi tengah malam syahdu..huhuhu

mula2 aku pikir nak Jogging kat Taman Tar macam biasa..tapi sekali tu aku habes Teraweh kat Masjid Taman TAR, aku round naik motor..perghh nampak pulak haiwan yang tak menyelerakan sedang berkasih-kasihan dekat sinun..adeh!! BABI HUTAN!!

terbantut niat nak jog malam kat Tmn TAR.. maka aku pun nekad buat dalam Kampung jer..hehe

tepat jam 11 malam aku memanaskan badan depan rumah.. berikut adalah track yang aku lalu..

Kg Melayu Tambahan(depan Surau) --> Simpang Rasmi Jaya --> Naik Jalan Dedap --> Taman Uda Jaya --> Ampang Jaya (Rumah Mingkabau Rais Yatim) --> Belakang Sekolah tembus ke lorong tanjung --> Jalan Kempas --> Kg Melayu Tambahan

huh... aku tengok jam lebih kurang 12 minit la.. hehe

Alhamdulillah.. keluar semua peluh jantan yang pedih2 ni sehat balik badan aku keesokan harinya.. sementara dah dapat momentum ni baik teruskan.. ambil sekali Rahmat Bulan Mulia..

Bulan Puasa jangan cari alasan badan lemah.. makan kena jaga sahur jangan tamak @ takut kebulur.. bersederhanalah.. Berbuka pun ikutlah Sunnah mulakan dengan manis2an.. (Kurma..) dan ambil secara sederhana.. barulah enjin sedap nak berteraweh!! hehe.. kalau duk tibai macam2 rakaat kedua Solat Isya' dah ingat bantal tilam..

Sekian untuk kali ini.. Jaga kesihatan di Bulan Ramadhan.. Cegah H1N1!!

Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment