INFLUENZA A

Hi Faqih.

Assalamualaikum anak abah. Lama dah abah tak tulis pasal kita. Emel dan password Blog binafiqaziz pun abah tak ingat dah.

Last update cerita Faqih lahir ke dunia. Sakit Umi lahirkan dan jaga Faqih di Hospital Ampang. Termasuk lah tiga hari di NICU sebab kuning.

Fast forward, Faqih masuk wad lagi masa first week dekat taska. Masa tu Nov 2019. Kita baru je pindah Kinrara, Puchong.

Malam tu Faqih demam panas. Sampai 39c. Kami tak tahu nak buat apa sebab tak ada klinik yang biasa kita boleh pergi. Ada Dr bagi Faqih ubat sampai overdose pun sebab klinik tu bukan pakar kanak-kanak. Faqih baru setahun enam bulan.

Alhamdulillah malam tu kami buat keputusan tepat, jam 1 pagi bawa kamu ke Subang Jaya Medical Centre. 15 km je dari rumah kita tapi jauh dari orang lain, dari Ampang, dan Semenyih.
Tiga malam Faqih tidur hospital termasuklah malam tu. Ramai orang datang. Dari melaka pun ada.

Punca nya cuma badan Faqih tak biasa dgn persekitaran baru di taska. Jadi Faqih tengah cuba lawan virus baru dan kuatkan sistem imune awak.

Selang dua bulan, kita diuji lagi dengan demam influenza A. Minggu lepas baru je abah dapat faham sikit secara dekat pasal influenza ni.

Sayangnya kali ni, abah pun tak sangka Faqih boleh dapat. Lagi perit abah yakin Faqih berjangkit dengan abah. Abah tak pernah demam seram sejuk macam kali ni.

Mungkin masa tu abah penat sangat sebab kejar double assignment. Dari KLIA sampai KL Sentral. Dari tak ada story sampai dapat exclusive interview.

Malang, lepas abah balik Jumaat tu naik LRT, tumpang umi yang kebetulan OTW balik rumah dan pick up abah, abah rasa nak demam lepas tu.

Sempat kita pergi Jakel sabtu tu, walau awak duduk dalam kereta sebab nak contain awak dari expose dengan wabak ni.

Abah beli baju melayu, sampin untuk uncle baby punya majlis kahwin.

Sabtu malam sampai ahad, abah cuba lawan demam abah. Tak peluh. Sejuk luar panas dalam. Dan hidung sumbat. Ahad abah cek klinik Iltizam. Klinik biasa awak dan atuk pergi di Ampang Waterfront.

Dr clear abah dari denggi dan influenza.

Abah tak ambil antibiotics sebab abah tahu abah biasa lawan sakit macam ni. Malam tu nanny picit kepala abah dan jaram dengan air asam jawa. Memang abah selalu recover macam ni je. 

Tapi silap abah pandang mudah untuk berjangkit dekat Faqih. Abah minta maaf. Kalau Faqih dah besar nanti baca ni, Faqih maafkanlah abah.

Malam Ahad, Faqih hilang selera makan sikit. Umi perasan. Umi bagitau abah, badan Faqih dedar.

Kita ada thermometer, Umi beli dekat shopee masa Faqih mula-mula lahir.  Abah first time pinjam thermometer tu masa demam ni.

Jadi malam tu, Umi dah bagi tahu Faqih demam, atas 37c. Ubat demam pula tertinggal dekat Puchong. Lepas tu demam naik sampai lebih 38c.

1.00 pagi, terus Umi ajak abah balik Puchong, bagi Faqih ubat. Lepas tu kita balik Ampang balik.

 Kita memang plan duduk Ampang dari hari Khamis sebab plan nak kemas bilik Jumaat malam tu.

Dan kebetulan Umi ada kerja banyak, kena stay sampai 11 malam untuk hari Isnin dan Selasa. Abah tak boleh amek Faqih dekat taska sebab abah pun balik kerja lambat.

Jadi Isnin pagi, kita pergi jumpa Dr Ong lepas makan ubat kali kedua jam 7. Faqih biasa jumpa Dr ni. Bagus dia. Dia kata Faqih memang demam tinggi tapi kalau sebab berjangkit dengan abah, yang negative influenza, Faqih cuma demam viral saja. 

Dr Ong kata kalau esok masih 38c, tinggi, boleh pergi Ampang Putri. Dia bagi referral.

Tapi sebelum balik klinik, Faqih nampak lemah dah. Abah tengok Faqih menggigil masa nak tunggu balik. Abah risau dan pelik.

Bila sampai rumah Faqih tidur sambil kena tekap dengan tuala. Faqih menangis. Tapi dapat juga tidur sejam.

Jam 4, lepas Faqih bangun dan makan, kami tekap Faqih lagi dengan tuala basa tapi Faqih dah sangat tak aktif. Bibir merah. 

Abah test suhu ketiak kanan makin turun. Ketiak kiri pula makin tinggi. Abah perati tapak tangan Faqih , jari macam ada tak kena. Macam keras. Sejuk. Faqih tak pakai jari nak tolak barang tapi pakai belakang tapak tangan.

Terus kami hantar Faqih ke Ampang Puteri. Suhu badan Faqih 40.2c. Lepas check darah dan hingus, 6.45, Dr panggil dan sahkan Faqih influenza A. Umi sampai hospital pukul 6ptg.

Faqih kena tahan wad dekat kecemasan. Lama kita tunggu nak dapat katil sebab influenza ni kena wad kuarantin. Jadi masa tu memang penuh. 

Masa tunggu tu Umi susukan Faqih je sebab Faqih makan pun sikit masa siang. Tak ada selera kan.

Penat Umi. Kesian Umi. Faqih masa tu dah 11kg. Kita tunggu katil sampai hampir 12 tgh malam sayang. Umi tak makan malam, makan roti je dgn milo tin. Sebab tak boleh lepas Faqih.

Suhu badan Faqih tak turun sampai bawah 39c pun , walau dah double shot ubat bontot. Ubat ni tak elok sangat, banyak side effects. Dr kata saraf otak, Umi kata effect hati.

Tapi sebab suhu Faqih tinggi sangat, Dr approve untuk ambil ubat bontot jam 9malam tu, lepas dah ambil yang kali pertama jam 5 petang. Faqih siap mandi lagi dekat wad kecemasan untuk turunkan suhu badan.



12.30 tgh malam.  

 Kita dah masuk wad.Masa ni Nanny Atuk semua dah balik. Atuk tak blh tggu lama dan Atuk pun dah tua, ada risiko berjangkit influenza ni.

 Suhu badan Faqih masih lagi tinggi. Nurse cuba bagi ubat bontot tapi Umi tak bagi. Cuba ubat PCM ikut mulut 2.5ml.

Masa ni lepas susu, baru Faqih bangun nyanyi lagu Didi. Terkejut Umi sebab masa ni lah baru mood Faqih ok.

Lepas tu Faqih makan ubat. Muntah. Nurse kata mungkin sbb bagi laju sangat. Jadi nurse bagi yang baru. Kita tukar baju. Faqig susu. Abah bagi ubat sikit dan perlahan. 

Awal pagi, abah terjaga jam 4. Sakit badan sebab tidur duduk. Kita dapat bilik 4 orang sebab wad kuarantin. Tapi abah dah que untuk single bedroom juga.

Abah turun bawah pergi mamak, makan roti canai. Umi kata badan Faqih panas lagi. 
Dekat mamak pelita, abah mula tulis ni, tapi halfway battery phone habis. Abah habiskan air. Abah naik atas. Rupanya Umi mesej abah bagitau. Suhu Faqih 39 lagi dan masuk ubat buntut kali ke 3 jam 4.45 pagi.

Kesian Faqih. 

Umi kata suhu badan Faqih dah surut sikit. Faqih tidur atas Umi sepanjang malam. 

Abah takut kalau suhu tak turun. Tak tahu Dr nak buat apa. Dr dah bagi antiviral Tamiflu dgn ubat selsema/kahak sebelum masuk wad tadi. Sepatutnya suhu pun boleh turun.
Dah lama abah tak doa sungguh-sungguh dalam solat. Kali ni masa subuh lepas tahiyat akhir, abah doa panjang untuk Faqih dan kita semua. 

Ada rezeki kalau Faqih sembuh. Abah ada duit, abah bawak Faqih dgn Umi pergi Umrah ye sayang . InshaAllah.

Ramai orang doakan Faqih. Faqih strong boy. Abah n Umi pon akan strong...kita balik cepat nanti ya..
PAED WARD
Ampang Puteri
7.18pagi

Comments

Popular posts from this blog

G7 [Politik]

The Road I Took

Prerogative Powers