2021: Cerita apa


2020, satu tahun yang berlalu, bersahaja.

Sukar untuk dijangka bagaimana 2021 itu kelihatan seperti apa. Apa perancangan. Apa pula hasil yang berkemungkinan.

Aku hilang beberapa perkara tahun ini. Tapi dapat nikmat yang jauh lebih besar. Nikmat nyawa. Lose some, gain some. Atau mungkin lose some, gain lot.

Ayah hampir hilang nyawanya. 

Recapnya begini. Petang 4 Oktober, Ahad. Ayah, ibu, dan intan datang ke rumah Puchong. Hantar sesuatu milik isteri. Aku tak ingat apa dia. Tapi sebenarnya mereka pun sengaja dan suka datang sebab nak layan anak kecil - si Al-Faqih.

Diya sudah sarat 35 minggu lebih kurang. Semua berlalu dengan baik. Macam biasa, mereka singgah sekejap, tak lama, lalu berangkat pulang. Tapi ada yang aku rasa tak sedap hati. Tak tahu apa.

Malamnya aku menonton bola sepak EPL di tingkat bawah. Diya dan Faqih sudah tidur. Dia sebut atuk. Cerita pasal atuk. Aku layankan saja sampai dia hampir tidur.

Masuk mesej di group WhatsApp family jam 10 malam. Ayah di hospital Ampang Puteri, buang air berdarah. Aku bukan tak risau, tapi selalu aku beri peluang kepada adik-adik untuk kedepan dalam hal begini.

Aku tanya pada Comel, semua ok? Duit macam mana? Kata comel makcek pinjamkan duit untuk deposit. Tak ingat , dalam RM5,000.

Tak sampai 15 minit aku turun tonton bola, comel telefon. "Ayah dah tak ada" sambil teresak-esak. Bila tanya, kenapa, katanya "Tak tahu. Semua doctor ada dekat sini kata ayah dah tak ada".

Aku selalu ada sikap untuk bersedia untuk yang terburuk, lebih-lebih lagi dalam saat begini. Aku terus lari naik ke atas dan kejut Diya, Faqih.

Faqih bangun marah sebab buka lampu. Aku cakap "Comel telefon. Ayah dah tak ada".

"Faqih jom bangun. Nak jumpa atok?" Dia angguk. Budak umur 2 tahun 6 bulan ini sangat senang faham keadaan dan situasi, cuma perlu jelaskan dengan tenang. 

 Diya bangun. Aku cari seluar, kain  dan semua yang berkemungkinan diperlukan di Ampang. Aku terfikir apa akan jadi untuk tempoh 24 akan datang. Apa yang perlu diuruskan.

Semua ada dalam benak fikiran. Diya, yang pernah hilang ayah kandung sendiri tujuh tahun lalu semasa dia baru 25 tahun, tentu lebih tenang. Tapi keadaan emosinya tak sama, kerana dia  mengandung.

Siap kami turun bawah. Aku, yang tadi tak mahu ganggu ibu, aku call lagi sekali tanya macam mana di sana. Ibu kata "ayah pengsan. bukan dah tak ada. tak perlulah balik nanti Diya penat. "

Aku bukan lega. Tapi lebih kepada risau adik-adik tak mampu handle. Diya, bila dengar terus mengangis dan sakit perut, stress sebab dengar berita yang tak betul tadi.

"Kita balik je lah..." Diya kata sambil teresak-esak dukung Faqih yang terjaga , dan blur. Barang pun memang dah masuk dalam kereta. Berlalu lah kami. Fikiran aku tenang, tapi kosong.

Macam jalan raya malam itu. memang tiada kereta banyak. Walaupun dah PKP pemulihan. 

Aku cuma telefon Nasrah, yang tak berjawab, kemudian telefon adik. Mereka on the way dari BSP. Adik tak drive. Suara pun serak.

Telefon Baby, dia baru tiba di hospital jam 12 malam. Ayah dah sedar, tengah tolak masuk ICU. "Comel tak boleh handle tu" aku kata pada Baby. 

Dalam hal macam ni, Baby biasanya paling tenang dan tahu apa nak buat. DIa pun ada pengalaman yang dasyat bile kena TIBI dulu, 2017. Dari katil belakang hospital Ampang, sampai lah katil depan dan terus operation di Serdang.

Hari-hari Ayah, Ibu ke hospital. Masa tu baru lepas kahwin dan aku masih duduk di Semenyih. Sebab Diya masih kerja di KLIA.

Dalam kereta malam tu, ada kisah yang takjub. Faqih nampak Umi dia menangis. Dia borak dengan Umi dia, tapi aku tak perasan. Fikiran aku melayang entah ke mana, bawa kereta yang sangat perlahan.

Nampak Faqih borak dengan Umi, dan Umi menangis peluk dia. Rupanya ada dialog yang aku tak berapa sedar.

"Kenapa Umi menangis..jangan lah menangis. Faqih kan ada. Abah ada. Umi ada. Atuk ada. Ayah (arwah atuk Yahya/Musa) tak de,"

Dia pujuk Umi dia. Lebih hebat dia sebut satu persatu dan entah macam mana dia boleh tahu dan susun ayat macam tu. Mungkin berkat namanya Al-Faqih.

Pendek cerita, ayah ditahan lebih seminggu dan bil hospital banyak diselesaikan Baby dan guna simpanan adik-adik di ASB. Ayah selesa di Ampang Puteri kerana rekod dan doktor yang merawatnya adalah doktor yang dia sudahh sangat kenal, belas tahun lamanya.

Sakit ini juga adalah sakit lama di mana ususnya berdarah dahulu. Semasa dah pindah wad biasa, aku tanya ayah, apa terjadi malam itu.

Dia kata dia hampir black out. Dia ada pengalaman sama sepuluh tahun dulu masa pengsan kerana hilang banyak darah. Jadi dia tahu macam mana nak lawan, dan jangan "padam". Aku tak tahu nak beri reaksi yang bagaimana.

Tapi episod itu ayah ceritakan kepada kawan-kawan dia yang hadir lawat dia, sehinggalah baru-baru ini pun bila kawan politiknya Datuk Yusof datang melawat. Perhaps, it is his own self reflection of how he is grateful of being given the chance to still breath.

Aku syukur sebab dia sempat lihat cucu perempuan dia. Allah bless.


Diya, Nayra juga kritikal di wad bersalin

Aku dah tulis panjang lebar bab ini di satu blog lain. Tapi hanya untuk simpanan sendiri. Ringkasnya, Diya ada kencing manis semasa mengandung dan serah diri di Hospital Ampang semasa minggu ke 38 jika masih belum bersalin.

Setelah prosedur belon bermula pada petang  5 Nov, Khamis, Diya perlu ditolak ke wad bersalin pada pagi, 6 Nov jam 12.00pm. Hari sayyidul ayyam.

Setiba di wad bersalin, baby breech last minit. Sama seperti Faqih dahulu. Bezanya Faqih dapat tahu lebih awal semasa di PAC unit. Ini sudah di dalam dewan bedah. Diya kena panic attack. Kerana state of mind dia tidak mahu lagi ke dewan bersalin.

Aku  tak tahu apa yang berlaku. Tapi aku di Kafe. Din Kuda datang melawat dan kebetulan, Fakrudin orang Kg Melayu juga isterinya baru masuk PAC. Kena serah diri.

Semasa aku duduk dengan abang Din, Diya mesej, katanya ada masalah. Aku tanya kenapa tapi senyap tak berjawab. 12.35 doktor telefon. Kata baby breech dan perlu bedah. Apa lagi yang boleh dijawab. "Silakan doktor. You know the best asalkan selamat semuanya".

Aku tunggu di kafe dan kemudian cuba naik atas tapi guard tak beri kebenaran. Guard check dengan sekuriti di atas. Jawapannya, pada 2.30pm, masih belum bersalin. Aku patah balik ke Kafe. Din dah balik. 

Sebab hari tu hari Jumaat, aku buka Quran di phone untuk baca surah Al-Kahfi. Biasanya aku baca 15 ayat saja sebab itu yang masih mudah untuk aku. Dan aku terus tunggu.

Jam 3.30, baru aku dapat mesej. Lepas 3 jam menunggu.









Rupanya, dalam dewan bedah, kerana Diya panic attack, doktor perlukan masa satu jam setengah untuk keluarkan baby. Lahir puteri kami pada 1.57pm. Usai waktu solat Jumaat. Alhamdulillah. 6 Nov 2020. 

Memang aku berniat untuk ada anak kedua, dan minta perempuan pada tahun 2020. Alhamdulillah. Itu kisah yang diinginkan.

Baby breech, keluar tali pusat dulu. Doktor dewan bedah dan dewan bersalin terpaksa bincang lama kerana pembedahan pula akan datangkan risiko lain seperti Diya boleh tercekik sebab dia baru lepas makan. Alhamdulillah, Allah izinkan kedua-duanya selamat. Terima kasih kepada pasukan petugas di Hospital Ampang.

Hari ni 16 Dec. Iman A'laa Nayra sudah Sebulan Sepuluh hari. Dah pandai minum susu botol hari ni. Paling seronok sebenarnya tengok abangnya. Seronok ada adik. Sayang adiknya. Cuma belum mampu mengawal kelajuan tangan dan very reckless.

But surely he loves Nayra. Namanya Nayra mungkin lain hari boleh cerita. Iman nya hadith mana. A'laa itu surah apa. Nayra pula apa nilainya. Moga melengkapi dengan nama Al-Faqih.

    

Ok. This post has gone too far. Not what I was intended to say but yes its usual to put it down those details. While the mood is here.

Why do I write now, because I saw a job advertisement pop up at my LinkedIn account. I do not know if I should leave the company. My former colleague , Shazni threw this to me today.

Based on what I have now - the salary, obviously I need more because now I have two kids to feed and raise. But I understand that my writing skill may not yet there for anyone to consider my application. I tried some before. And it failed.

So whats next, when 2020 will only left with 15 days. What would be my 2021 planner? 

I missed some opportunity to uplift my personal skill or experience or self portfolio this year. I supposed to sign up for Askar Wataniah in Kuala Kubu Baharu in August. But last minute prepraration and very discouraging signal by Diya had stopped me.

Not only her but my family too. Why? Some , like my father said ini semua kerja penat. Not worthy. Diya afraid that I would not have time at home.

But why am I interested in the first place? For those who knew me since school, I was an active person until I became the headboy. Multiple positions in my extra curricular activities, like police cadet, bowling club and etc etc. So I do like this kind of stuff but had to stopped as I enter Unisel - as some school teacher's said I should focus on study.

Until now I think that was the most BS advice given to me. I shouldnt discaourage my own potential in what ever field. Thats how kids fly. Because they do not know self limitation and always believe in their self.

So never mind. Then I continued multiple field in study. Last was Psychology in 2017. But the class was cancelled because not enough corum.

Now, I do not think I can tolerate classes, with having two kids. Belajar mahal. 

Then Covid-19 is here, with PKP. Me as journalist, was told to stay and do work at home. I guess I can do more, but with my condition this year - 2 year old kid and a pregnant wife, maybe God spare me this time.

But future, I think I would be able to contribute something in this kind of position. Askar Wataniah. And its not true that its not worth. I would get better health, and also pay - allowance. Most important is, it add a significant milestone to myself, my CV and important my self value.

The way I value myself.

So, failed this year, I need to think this again next year. I really want to do this. This, for sure is better than to be stuck in the political of shits in the country now. I have no plan to pursue in politics.

 Secondly, nature is my heal. I had plan to be a nature guide. Maybe would be able to do part time tourist guide also. My exposure, since I am in media line would help me to converse well.

But yea again, this job not popular, not giving good perks, time consume. But I like it. Well who's gonna believe this?

It's ok. If not soon, I will definitely do it later. Sekarang jadi wartawan, jumpa dengan VIP sentiasa, bukan boleh hidup senang pun. Unless those who do take advantage of the position to gain extra income. 

I would not. As my boss once said, that may affect the way I write the story, if there is conflict of interest. "Remember, you are about to write a good story, dont ruin it".

Ye lah, if only people do what they say, it maybe pretty much easier for me now. If there is no payrise next year, I may need to shift job, or be less productive and do Askar Wataniah or Nature Guide soon.

Afterall, we must bring food on the table. Not a piece of a newspaper.

So, because its late and tomorrow assignment is at 10am, I am just doing a wish list for the next year:


WISH LIST 2021

1. Pay rise 1Q21 or else..

2. complete Askar Wataniah course

3. complete Nature Guide course, start hiking again

4. Faqih swimming class

5. Faqih my hiking buddy

6. Rumah Albury - rent and make sure all in order

7. Delegate KCD tasks. Cant hold too much anymore - do quit plan for 2022

8. Clear debt - credit card, Iriz and think about RM350 persona commitement

9. Give good money to parents and wife

10. Bring Faqih Nayra Umi to Cherating for turtle and beyond....


Top 10 for 2020

1. Break some stories for front page

2. Diya, Nayra saved from OT

3. Ayah saved from ICU

4. Faqih saved from influenza A in February

5. Nayra leg infection at NICU

6. Ramadhan with Faqih and Umi in Puchong - first time Ramadhan in Puchong. Its superb

7. Bought (via loan) Proton Persona for ayah, release the headache Perdana

8. Baby kahwin. 

9. Faqih masuk sekolah, naik motor baru dengan abah to school.

10. Faqih dapat adik baru. It is super cool.


Oh, the politic things, I do not think I would give a damn anymore. Was thinking to quit again, but just hold on to Tun M.


Need room to breathe, and dream... 
2.46, Ampang

Comments

Popular posts from this blog

G7 [Politik]

The Road I Took

Prerogative Powers