22022022 , Taman Kinrara.

Ada apa dengan hari ini. 20/02/2022.

Deruan angin dan guruh di Surau An-Nur, Taman Kinrara. 

Habis Zuhur, dan menanti Asar.

Banyak kisah di Taman Kinrara. Di sini tempat Nadiah bersekolah tadika. Di sini arwah Ayah Yahya/Musa mencari rezeki dan bawa pulang segenggam nasi untuk mama dan Diya.


Tempat yang sama 2022 berbanding 2013 dahulu.

Al-Fatihah Ayah Musa.

Ramadhan kian menghampiri. Syawal pula menyusul nanti. Apa rasanya Ramadhan dan Syawal tanpa Ayah agaknya.

Buat masa ini Allah masih rezekikan kami dengan keluarga yang lengkap. Alhamdulillah. Semoga umur-umur ini digunakan di jalan yang baik dan benar.

Sesungguhnya kita telah diturunkan ke dunia dengan nikmat, namun kita kembali kepadaNya dengan dosa-dosa.

An-Nur, yang bercahaya.

Comments

Popular posts from this blog

G7 [Politik]

The Road I Took

Prerogative Powers