ASTRO

Salam..

Kepelbagaian rancangan dapat ditonton, apabila kita melanggan Astro. Ada saluran Tayangan Movie hebat-hebat!! Begitu juga drama-drama Melayu, Indonesia dan Filipina. Astro Box Office pula menayangkan cerita-cerita Melayu yang baru dimainkan di wayang beberapa bulan lepas.

Betapa hebatnya saluran-saluran yang dimiliki Astro. Di sebalik saluran-saluran ini, kita terlupa akan saluran ilmiah yang pihak Astro sediakan. Saluran 551-556 mungkin jarang ditonton.

Kaum ibu, kalau bab drama memang tak boleh tinggal. Astro Ria, Prima dan Aruna memang menjadi pilihan. Dari drama Melayu sampai lah Tamil, dah jadi makanan seharian.

Kanak-kanak pula kalau bukan saluran kartun, tak sah. Astro Ceria, Cartoon Network dan Disney dah melekat di minda mereka.

Golongan Remaja pula dah tentu lebih tertarik kepada Saluran cerita dari Barat. HBO,Cinemax dan lain-lain.

Saya memandang media ini lebih kepada satu propaganda. Bermakna, bukan sekadar hiburan semata-mata. Selepas menonton, harus difahami apa mesej yang cuba disampaikan.

Bukanlah tidak boleh kita menonton rancangan berbentuk hiburan semata-mata ini. Namun adakah terlalu sukar untuk kita memanfaatkan waktu kita untuk menonton perkara yang ilmiah? yang mempunyai nilai-nilai kehidupan seharian??

Otak manusia khususnya orang melayu agak keras dan malas untuk bertahan jika ilmu melibatkan pembacaan. Mereka lebih gemar mendengar dan melihat (visual) . Medium ini diterjemahkan melalui saluran ilmiah di Astro 551-556. Saluran ini menyediakan pelbagai input yang bermanfaat kepada penonton.

Discovery Channel, National Geographic, Animal Planet dan lain-lain. Apakah sukar untuk kita meluangkan 1/10 masa kita menonton Astro untuk menontaon rancangan seperti ini?

Cukuplah, Melayu yang sudah selalu dihidangkan dengan pelbagai hiburan. Lihat sahaja penglibatan Melayu apa bila sesuatu program hiburan diadakan

-Akademi Fantasia, daripada peserta,penonton, pengundi sampailah yang menerbitkan rancangan itu semuanya Melayu. Di mana hala tuju rancangan seperti ini. Begitu juga dengan rancangan realiti TV yang lain.

Jikalau seminggu kita menonton Astro selama 10 jam, sukarkah untuk menghidangkan minda kita selama 30 minit daripada waktu tersebut untuk rancangan Ilmiah?

Aku suka menonton rancangan Man vs Wild. Ia mengenai survival seorang lelaki yang mengharungi perjalanan di tengah hutan, gurun, pergunungan dengan panas terik, sejuk beku dan dikelilingi oleh haiwan buas dan tumbuhan liar.

Ia mengajar kita bagaimana untuk survive apabila berhadapan dengan keadaan seperti itu. Sebenarnya apabila kita meletakkan diri kita di tempat lelaki tersebut, ia mengingatkan kita tentang asal usul kita. Dari mana kita datang, dan kepada siapa kita bergantung dan kepada siapa akhirnya kita kembali.

Dalam rancangan Animal Planet pula, mungkin selama ini kita tidak mengetahui bagaimana seseeokor haiwan itu hidup, makan, tidur dan sebagainya. Mungkin juga kita tidak pernah mengetahui tentang kewujudan haiwan tersebut. Di sini kita belajar tentang indahnya ciptaan Allah SWT. Apa yang membezakan antara manusia, dan haiwan. Dan kenapa ia berlaku sebegitu?

Sesungguhnya ALLAH mencipta segala yang berada di langit dan di bumi, dan yang berada di antaranya dengan sebab dan musabab.

Mungkin rancangan-rancangan seperti ini hanyalah sampingan buat kita. Tapi luangkanlah masa kita untuk menontonnya walaupun untuk seketika. Kerana ia lebih baik daripada menonton cerita Melayu, Indonesia, mahupun cerita Barat yang mempunyai unsur tahyul dan PHD (Perasaan Hasad Dengki).

Dokumentari bukanlah sesuatu yang membosankan. Ia cuma memerlukan masa untuk kita membiasakan diri dengannya. Dengan menonton rancangan seperti ini, kita dapat menilai sejauh mana pengetahuan kita mengenai sesuatu perkara. Itulah yang membezakan antara mereka yang jahil, dan mereka yang berakal.

Walalhualam..

Comments

Popular posts from this blog

G7 [Politik]

The Road I Took

Ramadhan Pergi