Rinjani 3.0: Part 1, Perjalanan sebuah hikmah

Mukadimah:

Aku ada semangat sikit untuk mula menulis log Trip Rinjani 2015 Chakcibor ni sebab melihatkan blog Chief Trip, En Edruce. Walaupun belum tamat kisahnya En Edruce, sekurang-kurangnya dia sudah memulakan. theedruce.blogspot.com 

 Dan kali ini, aku perlu mulakan juga. Walaupun menulis log ni sebenarnya sangatlah penat, sebab kena disulamkan dengan pengalaman peribadi yang meliputi hal-hal pengalaman fizikal seperti kekejangan ketika mendaki, pengalaman emosi seperti menikmati keindahan dengan tenang mahupun kemarahan kerana urusan-urusan semasa mendaki, mahupun pengalaman spiritual yang tentunya ada. Kita lakukan apa sahaja, tidak dapat lari dari kepercayaan spiritual kita. #faith

Untuk rekod ini adalah kali ketiga aku menjejakkan kaki ke Puncak Gunung Rinjani. Sebab itu ianya dinamakan 3.0. 

Kata-kata mutiara:
"Hiduplah memberi sebanyak-banyaknya, bukan mengambil sebanyak-banyaknya - andrea hirata, laskar pelangi"

Ini pengalaman aku yang kedua travel untuk hiking dengan adik aku nombor tiga, Ahmad Faiz. Kali pertama adalah tahun lalu di Semeru, Surabaya. Kali ini untuk ke Rinjani , Lombok, kami ambil kapal terbang dari Senai International Airport, Johor. Sebenarnya aku dah plan tak nak pergi trip ni sebab nak simpan cuti dan bajet untuk join Mount Rinjani Ultra bulan Augustus 2015 nanti. Malangnya disebabkan overtraining dan mengidap penyakit planta fasciitis, terpaksa lah lupakan impian tersebut dan bermulalah perjalanan aku, bersama Chakcibor Adv Team (CAT) yang seperti biasa menggunakan khidmat Karat Adventure sebagai guide.

(Bulan Ramadhan ini inshaAllah akan menulis mengenai Karat Adventure)

Kebetulan, banyak peristiwa yang mengundang (bukan mengandung) pihak CAT terutama apabila Penasihat dan pengasas CAT, En Asmeran Ahmad dan isteri, Kak Hazliana@Yana tak dapat sertai. Pelbagai rintangan dihadapi terutama Chief kita yang telah menguruskan perancangan trip ini selama setahun lamanya. Plan untuk trip ini sebenarnya dibuat lepas selesai Trip Gunung Semeru tahun lalu. Malah keputusan untuk ke Rinjani ini dibuat semasa kami baru sahaja turun dari puncak Semeru, di Kalimati.

Aku memang berhajat untuk repeat Rinjani kerana, kali pertama pergi dengan CAT, kami tidak berpeluang ke Danau Segera Anak kerana mengambil kira faktor teman-teman seperjuangan yang dikhuatiri tidak dapat menghabiskan perjalanan yang panjang. 

(Bab ini, kalau rajin akan diungkapkan pada posting akan datang)

Jadi aku memasang niat untuk ke Rinjani lagi. Kebetulan tahun lalu, aku mendapat tawaran kerja . Aku congak sekiranya aku confirm dapat kerja ni, maka peluang untuk aku mendaki keluar negara agak terbantut, bermakna tiada peluang untuk ke Rinjani tahun depan sama ada MRU atau pun dengan CAT. Jadi aku buat keputusan untuk join trip yang ditawarkan oleh Karat bersama dengan Kelab Sukan SIRIM, sebelum terima masuk tawaran kerja ini. Tetapi aku perlu pulang awal. Bimbang kena masuk kerja pada hari selepas pulang tu. Jadi aku dapat juga sertai trip Rinjani tersebut tetapi dengan arrangement ULTRALITE, 3 hari 2 malam. Kurang satu malam daripada normal trip. Uncle Karat cadangkan, aku boleh buat ultralite bersama tiga orang peserta SIRIM yang juga perlu balik awal. 

(Yang ini pun lagi satu bab, Kalau ada kesempatan nanti akan dicoretkan. Memang happening trip ULTRALITE Rinjani 2014 ni)

Bab kerja tu pula? Bila pulang , kerja yang dimaksudkan masih belum diperoleh kerana syarikat tersebut masih dalam proses re-structuring. Jadi kalau aku tak buat Ultralite pun tak mengapa. Tapi, barang diingat, apa sahaja yang belaku dan wujud di dunia ini tidak ada yang sia-sia. Semuanya pasti ada hikmah. #yakin

Jadi aku ambil keputusan untuk mengikuti trip ini bukan sahaja kerana tidak dapat join MRU, tetapi mengambil kira adik aku dan rakan-rakan yang aku ajak seperti Zahri dan Sufyan Hazim akan turut bersama dan banyak persediaan telah dibuat oleh mereka. Ditambah pula dengan Tuan Penasihat yang tidak dapat ikut, aku fikir tiada salahnya aku turut kali ini. Sekurang-kurangnya dapat aku eratkan sillaturrahim dengan kawan-kawan dan adik sendiri. Dan tidak rugi, aku yakin. Kerana ianya.. Rinjani..



So, ke Rinjani lagi aku untuk kali ini.  Mungkinkah yang kali terakhir? Atau hanya sebuah permulaan?





Bersambung....




Comments

Popular posts from this blog

G7 [Politik]

The Road I Took

Ramadhan Pergi