Tidur peluk kasut

Kawan,

Hari ni dah 12 Julai. Maksudnya dah 10 hari aku mula berjalan kaki jarak jauh.

Malang sikit.

Selasa lepas, sebaik je balik assignment di PICC, nampak ada ruam belakang pinggang.

Malam tu minta puan CEO check, disahkan KAYAP.

Pergi la hospital malam tu dan masih bekerja pada Rabu, pergi assignment  di Bangunan MITI di KL.

Jadi agak tergendalalah plan aku. Sebenarnya hari Isnin, aku ada beli kasut baru. 

Kira macam senyap2 tak bagitau sesiapa. Cuma aku tanya lah running partner lama, Zahri.

Nak check harga.

Ini Nimbus 21, made 2019. Aku memang kena pakai Nimbus so far sebab dia masih offer under pronation punya sistem larian.

Last kasut aku Nimbus 16. Macam dalam gambar. Aku lari under pronate lepas injury planta fascitis masa hujung 2014,  yang kemudian berlarutan ke 2015 dan seterusnya. 

That particular month, 4 running events without recovery.

a) 10km Maksak Run Putrajaya (6/9/2014) then the incoming weeks....

b) 21km Reebok Challenge Putrajaya (yang ni ganti kawan rupanya,kalau tak silap Khairul Azmi Pumijan, geng ultralight Rinjani 2014 dengan Karat Adv)

c) 21km Sultan Mahmud Bridge Terengganu (dengan Zahri)

d) 16km Trailrun FRIM, Kepong

Aku tak pernah sangka boleh buat gila macam ni. Sampailah aku rasa sengal2 kaki dan even muntah masa FRIM Trailrun. Muntah dekat IKEA pulak tu. Ramai kawan nampak.

Jadi lepas aku dah kerja full-time dan dua tahun lepas tu, kahwin, semua aktiviti larian ini dah ke laut.

Berbalik kepada Nimbus ni, aku rasa Asics mungkin tengah clear stocks, lagi2 untuk model yang design tak lawa.

Aku tak kisah design tak lawa cuma kalau dapat hitam bagus juga. Boleh curi-curi pakai masa kerja sebab tak nampak sangat.

Tapi yang paling murah warna sheet rock ni. Lawa lah juga.  Yang penting aku kena mula pada harga mampu milik.

Asics bagi RM60 discounts untuk produk mereka. Nimbus baru aku ni mula2 harga RM475. Means bila discount pun dalam RM415. 

Mahal lah juga. Lepas tu Asics offer, kalau bayar pakai MasterCard (credit card), ada 15% lagi offer untuk pembelian RM300.

Aku hold juga dulu. Budget banyak tu. Dan aku pun fikir baik ke kalau aku pilih cycling je terus. Tapi aku tak ada maklumat banyak pasal ni.

Dan malas lah nak research start from scratch. Walaupun usahawan agro Khairulamin dah ajak banyak kali round2 KL dengan dia.

Tapi aku selesa dengan ilmu yang aku ada. So mungkin berbaloi aku just stick to plan to walk, lose weight 5-10kg then run slowly bila dah 80kg.

So, masa 7/7, memang ada mode sales yang bertambah macam di Shopee, aku pun survey lah lagi dekat page Asics ni.

Harga dah jadi RM407. Means total RM60 punya discount + 15% off, aku dapat jimat RM112!!

Last sekali aku bayar RM295 untuk NIMBUS21!  Memang terus bayar... Masuk postage dalam RM310 macam tu...

Tapi itu lah. CEO bila dapat tahu aku beli ni lepas seminggu, dia pun kata, itulah beli sorok2, haaa kan da KAYAP.

Hari tu aku beli kerusi santai untuk duduk luar rumah tak bagi tau dia, kena scam.

Jadi moral nya mungkin inform saja dia lain kali. Walau pun duit kita. 🤭

Untuk rekod, last kasut running yang aku beli adalah 2015, iaitu Inov race, lebih krg 6 bln selepas aku beli Nimbus 16.

Dan itulah dia kali TERRRAKHIR aku beli kasut untuk aktiviti yang menggunakan kaki. Kasut hiking (Columbia) aku beli awal 2014. Sekarang dah tak viable nak pakai.

Inov itulah kasut yg aku lenjan untuk trail dan hike. Dah sampai Trusmadi Sabah pun masa 2017. Dah haus sikit juga.

Masa 2014/2015 tu memang puas hati bila ada collection kasut untuk setiap aktiviti, termasuk lah untuk water sports (Columbia). 

Kasut Columbia ni silap beli sebenarnya. Pergi buat hiking. Rupanya tapak dia grio bukan sebab  utk hiking tapi utk pihak batu sungai. Memang lekat. Aku bawa pergi rafting dekat Sg Itik, Gopeng Perak.

Throwback a bit,kasut hiking proper aku yang pertama memang Columbia middle cut. Memang pacat struggle sikit nak naik. Tahun 2011.

Tak silap aku, kasut ni sampai ke Gunung Kinabalu juga dan Rinjani. 

Sebelum kasut Columbia ni, macam biasa aku start dengan kasut toreh getah... RM10-15 je masa tu..

Orang2 baru tau tak kasut ni boleh dan selesa utk hike?

Cuma protection ankle tu kurang. Kalau kaki kuat ok je nak pakai. Macam salah sorg lejen group hiking aku, En Khairul.

So, jauh flashback. Tapi seronok. 

Sambung sikit lagi. Masa hiking mula-mula tu juga, adalah tempoh yang aku berjaya loss weight kali pertama (2009/2010). Berat 70kg saja.

Masa 2013, aku follow very intensive training dengan Cikgu Khubaib, cikgu sains sukan sekolah lama aku. Everyday follow training. Kebetulan masa tu belum kerja full time lagi.

Dari 80kg sampai 72kg consistent dengan muscle memory yang mantap. Follow training pula semua atlet sekolah.

Di situlah juga sedikit sebanyak aku dapat memahami keadaan fizikal badan aku, dan semua hal ehwal injury yang aku alami sekarang ni.

Dah enam tahun berlalu. Berat aku lepas kahwin, dari 75kg dah jadi 90kg.

Jalan pun cepat cramp. Kaki senang sakit.

Tapi penting untuk aku fit. If not, tak dapatlah nak guna kudrat menyara keluarga.

So here I am. 1.30am, waiting for a good sleep so that I can wake up in the next morning sending CEO checkup second pregnancy di Hospital.

After sending her, I will walk and jog a little bit with my new Nimbus 21, while waiting for her to finish the doctor appointment.

I wish I could write more. Not that I do not want, but this consume a lot of times. Dengan nak cari gambar lama lagi...

I know, the pending of some write ups about me and family like

~ cars... Proton.. ayah beli kereta baru. And its proton.
~my bike. Aku beli motor baru last year. Dah 4 motor aku guna sepanjang hidup dari zamam form 4 sampai lah jadi penulis ni.
~ the upcoming baby. Gender dah tahu. CEO tengah buat proposal nama. Sebab takut aku main tukar je masa daftar JPN nanti 🤭🤭🤭. Panjang cerita, termasuklah aku pernah mimpi nama anak ni masa first pregnancy dulu.

So more and more....tak senang nak tulis. Lagi2 aku pakai phone je sebab senang nak cari gambar, save gambar.

Kali ni, aku belanja diri sendiri gambar-gambar lama yang kena dengan tajuk, Kasut.

Nimbus baru ni, setelah lima versi/tahun, esok aku try tengok apa yang berubah. Macam mana dia PERGI...

Till then, pinjam slogan kawan lama, life is a test..

Terima kasih kawan, kawan..

Maksak = (Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota- Anggota Kerajaan). 
Masak = (cook)

Planta Fascitis injury treatment

From IG. Asics Fuji Trabuco 3. Kasut ni dijual kepada En Asmeran, ketua geng Koyak/Chakcibor Adv lepas aku rasa kasut ni besar sikit untuk aku.

Hiasan. Tapi menawan. 

A trip to Perlis. Pesan Uncle Karat, pergi mana pun bawa kasut untuk exercise. Jangan tinggal.

Baru belajar nak 📸 masuk IG

dari kiri
Mid cut Columbia hiking shoe
Columbia water shoe
Columbia waterproof hiking shoe
Asics Nimbus 16
Salomon (road run) but mostly pergi kerja punya kasut
Inov for Trail Run

Kasut yang aku guna sampai habis mileage adalah yang dalam gambar ni, kayano 19 kalau tak silap.

Lepas Jambatan Sultan Mahmud, memang rasa keras sudah ini kasut.

 untuk Reebok Challenge ni, aku ada beli kasut Reebok. Tak ingat model apa tapi popular juga both untuk trail dan road. Cuma kaki dan berat badna aku masa ni tak sesuai dengan kasut ni.


Those with a fitter leg condition may suit. Tapi aku pakai juga sampai lah injury di sini, sebab trail Sungai Lembing ni langsung tak trail but separuh or 10km adalah road.

Habis larian. Tapi habis juga kaki aku. Akhirnya aku jual kepada sorang brader kt FB dengan harga yang aku puas hati. Lepas itu baru beli Inov.

So next? Macam mana? Moga tulisan-tulisan ni boleh lah jadi pembakar semangat aku.

Feb 2015 

Julai 2020

We'll see how.

Comments

Popular posts from this blog

G7 [Politik]

The Road I Took

Prerogative Powers