Posts

ASTRO

Salam.. Kepelbagaian rancangan dapat ditonton, apabila kita melanggan Astro. Ada saluran Tayangan Movie hebat-hebat!! Begitu juga drama-drama Melayu, Indonesia dan Filipina. Astro Box Office pula menayangkan cerita-cerita Melayu yang baru dimainkan di wayang beberapa bulan lepas. Betapa hebatnya saluran-saluran yang dimiliki Astro. Di sebalik saluran-saluran ini, kita terlupa akan saluran ilmiah yang pihak Astro sediakan. Saluran 551-556 mungkin jarang ditonton. Kaum ibu, kalau bab drama memang tak boleh tinggal. Astro Ria, Prima dan Aruna memang menjadi pilihan. Dari drama Melayu sampai lah Tamil, dah jadi makanan seharian. Kanak-kanak pula kalau bukan saluran kartun, tak sah. Astro Ceria, Cartoon Network dan Disney dah melekat di minda mereka. Golongan Remaja pula dah tentu lebih tertarik kepada Saluran cerita dari Barat. HBO,Cinemax dan lain-lain. Saya memandang media ini lebih kepada satu propaganda. Bermakna, bukan sekadar hiburan semata-mata. Selepas menonton, harus difahami apa ...

Ayah

Salam.. Khamis lalu, lebih kurang waktu macam ni aku dikejutkan dengan berita Ayah ditahan Wad. Sebenarnya pada sebelah pagi, ayah bawa nenek dari Melaka(sebelah ibu) untuk menjalani rawatan di Hospital Pakar Ampang Putri. Aku, bersama seorang Makcik dan Pakcik turut bersama. Ayah hadir lebih awal di APSH untuk mendapatkan temujanji dengan Dr Sakinah. Setelah tiba di APSH, aku jumpa Ayah dengan wajah yang agak sugul dan pucat. Aku tak terfikir apa-apa. Biasalah, tekanan orang Politik. Alhamdulillah. Nenek berjaya mendapatkan rawatan. Ditahan di Wad 537. Setibanya aku dihospital di sebelah petang, terus aku naik ke tingkat 6-bilik 661 yang menempatkan Ayah. Selipar, Baju dan Seluar, Cermin mata ada si salam bilik. Yang tiada orangnya. 15 minit aku tunggu, rasa tak sedap hati. Aku bertanya kepada Jururawat yang menjaga kaunter. Katanya ayah buat 'scoping' di tingkat 2. Aku menunggu. 30 minit kemudian Ibu ada di muka pintu bilik. Katanya "Jom tengok Ayah". Aku tak tahu y...

Bukan Politik

Salam kepada semua Blogger dan Pembaca. Penat sangat nak berkisah hal politik. Oleh itu, janganlah berasa janggal jika nama yang dikenali sebagai afiqumnos ini tidak mengulas hal politik di Blog ini. He he he.. Saya memang minat menulis sejak Sekolah Rendah lagi. Selain bercerita hal semasa, saya hanya mahu mengabadikan kisah sejarah hidup saya di dalam Blog. Seronok juga melihat penulis-penulis Blog menceritakan kisah seharian hidup mereka. Dalam Blog ini, selain bercerita mengenai rutin harian saya juga akan sedikit sebanyak mengajak pembaca mengikuti kisah-kisah lama saya. 'Mereka yang tidak belajar daripada Sejarah akan dihukum dengan mengulangi kesilapan lampaunya berkali-kali' Sedang kita mengatur hidup ke hadapan, Sejarah adalah titik masa yang sangat penting yang akan mengajar kita mengatur kehidupan tersebut. Oleh itu, hidup yang tak pernah lari dari kesilapan ini boleh sentiasa diperbaiki bila kita melihat kembali Sejarah kita, Sejarah bangsa dan negara kita. InsyaAll...

The Road I Took

T WO roads diverged in a yellow wood, And sorry I could not travel both And be one traveler, long I stood And looked down one as far as I could To where it bent in the undergrowth; 5 Then took the other, as just as fair, And having perhaps the better claim, Because it was grassy and wanted wear; Though as for that the passing there Had worn them really about the same, 10 And both that morning equally lay In leaves no step had trodden black. Oh, I kept the first for another day! Yet knowing how way leads on to way, I doubted if I should ever come back. 15 I shall be telling this with a sigh Somewhere ages and ages hence: Two roads diverged in a wood, and I— I took the one less traveled by, And that has made all the difference. I chose the 'one less traveled by...' It seems to be weird, to choose a path Thats really have no guarantee of, Glory.. Who determine the 'Glorious'? If not the chooser, then The others can't be...