Sibuk, Kemahuan, dan Hala Tuju.. Entah.....

Salam Bloggers. Dah lama tak menulis, dah dua raya tanpa berita. Kenapa agaknya?

Kesibukan memang satu alasan. Itu antara jalan paling selamat untuk keluar daripada satu persoalan, tanpa sedar ia hanya mengundang lebih persoalan. "Apa yang disibukkan?" Kalau mahu berikan sedikit kelapangan kepada sesuatu, kesibukan tak lagi menjadi alasan. Sama ada Mahu, atau tidak...

Tiga persoalan yang sering menjadi pertimbangan kehidupan.

1) Dimana kita sekarang
2) Mana halatuju kita
3) Bagaimana untuk ke sana?

Kita lupa sebelum hadir soalan pertama, kita perlu bertanya "Dari mana kita datang dan bagaimana kita berada di sini"

Persoalan yang tidak nampak penting tapi memberi makna kepada kata-kata seorang Ahli Sejarah

"Mereka yang tidak belajar dari Sejarah akan didera dengan mengulangi kesilapan lampaunya berkali-kali"

Toleh kebelakang untuk memperlajari kesilapan adalah mustahak, sebelum kita melangkah ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan.

Berkait rapat dengan apa yang ingin dirungkaikan, pada mulanya blog ini dibuka hanya untuk berkongsi tentang kisah hidup penulis.

Namun seperti apa yang dilihat, ia sudah bercampur dengan hal berkaitan politik, walau sedikit. Rakan-rakan yang mengenali penulis, terutama dengan nama panggilan"afiq umno" tentu tak ralat dengan permasalahan ini. Blog ini adalah untuk penulis berkongsi kisah hidup seharian dan apa pengajarannya untuk masa hadapan.

Sekarang terkeliru. Atas tujuan apa penulis menulis. Tujuan blog dibuka.

"Blog" adalah hasil daripada perkataan Web Log yang disingkatkan. Dengan kata lain ia adalah buku Log di Laman Web. Buku Log boleh dirujuk sebagai 'Diari Seharian Seseorang'.

Mengapa menulis sekarang? Jika selama ini penulis melawat Blog-blog politik seperti Blog Datuk A Kadir Jasin, Nobisha, Che Det (dah pasti), dan Blog-blog yang dinaikkan bagi tujuan Politik semata-mata, baru-baru ini penulis diperkenalkan dengan seorang penulis blog yang menceritakan warna-warni kehidupannya. Menarik, padat dengan cerita dan tidak meleret. Sudah tentu beliau penulis yang bagus. Menggunakan bahasa Inggeris pula.

(Penulis tidak begitu hebat menulis dalam bahasa Inggeris. Bukan malu mencuba, cuma bila menulis sesuatu , penulis berfikir dalam bahasa melayu dan kemudian cuba terjemahkannya ke Bahasa Inggeris. Tunggang terbalik ayatnya.)

Bagaimana beliau sangat mudah menceritakan detik-detik indah warna warni kehidupan sehariannya? Sedangkan penulis sukar untuk berbuat demikian? Mungkin,

1) Kehidupan kita punya jalan berbeza. Hidup, darah daging penulis bersama politik dah sebati. Itu jalan yang ditempuhi sepanjang 21 tahun di muka bumi. Dia tentu menghadapi jalan cerita berbeza, yang menterjemahkan kehidupan sehariannya pada hari ini.

2) Apakah politik tiada warna warni? Sehingga tidak boleh dimasukkan ke dalam diari seharian? Adakah semestinya bercerita tentang jogging, futsal, kelas, TV dll?

Politik lebih penuh warna-warni. Tapi warna-warni belum tentu indah. Ia boleh jadi perit, seperti peritnya ia sekarang. Minda politik ini bermain setiap hari. Entah apa yang mampu hentikannya. Jika ia mampu dihentikan, mahukan penulis menghentikannya? Dan jalani kehidupan tanpa politik (yang akan mendapat reaksi pelik daripada kawan2 yang mengenali diri sebagai afiq umno)? Penulis pernah berjanji, walau bila politik sudah menjadi bosan dan bukan lagi pilihan kerjaya, politik sebenarnya bukanlah pilihan dari dulu kini dan sampai bila2. Ia adalah keperluan. Penulis harus sedar bukan semua orang terutama yang muda ambil peduli soal ini (walaupun tak semua patut berpolitik tetapi ambil tahu, dan sedikit kebimbangan mengenai apa yang berlaku) dan pada umur 21 bermacam pengalaman politik penulis lalui. Kadang kala terasa kepenatan.

Teringat kisah semasa Sekolah Menengah.

Dahulu semasa berada di SMKDAR, dipilih menjadi pemimpin adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan sehalusnya, kerana kegagalan bertanggungjawab ke atas kepimpinan, gagal melunaskan amanah akan mengheret kita ke golongan Munafik (apabila diberi amanah maka dipecahkan). Ya, tidak seperti pemimpin sekarang tidak perlu fikir panjang bila mengambil peranan sebagai pemimpin.

Kepenatan dan tekanan penulis lepaskan apabila pasukan koir sekolah mencari ahli bagi menjayakan Bulan Budi Bahasa peringkat Parlimen Ampang (Itu pun pada bulan Jun setelah banyak tugas kepimpinan diserahkan kepada Diana-mewarisi kepimpinan pelajar SMKDAR). Melalui koir, penulis berpeluang menghiburkan hati sendiri. Bercampur dengan pelajar biasa, tiada protokol, tak perlu risau tentang hierarki walaupun pelajar lain masih memandang penulis sebagai Ketua mereka. (Sampaikan nak mencari ketua koir pun cikgu masih mempertimbangkan penulis. Penulis menolak kerana tujuan penulis ke team koir untuk lepaskan tekanan)

Dan hari ini dengan beberapa tanggungjawab (role) di beberapa organisasi besar, apakah penyelesaian atau cara melepaskan tekanan? Mencari sedikit ruang bagi diri sendiri selain sibuk dengan tugasan di Kolej? Menulis jalan terbaik?

Tun Dr Mahathir menjadi penulis yang hebat sehingga umurnya 84 tahun dan beliau tidak menulis mengenai diri beliau. Beliau menulis perkara kritikal. Menganalisa dan mencari jawapan penyelesaian. Jika itu yang perlu penulis ikuti, itulah yang penulis sedang lakukan cuma mediumnya adalah melalui forum dan Web portal bukannya blogging.

Kerana berdasarkan maksud asal Blog-Web Log. Pada asalnya berperanan sebagai diari internet untuk dikongsi bersama pembaca. Cuma sesetengah menggunakannya untuk tujuan politik cyber, atau mungkin kebanyakannya.

Apa yang penulis bimbangkan, apabila gagal menetapkan hala tuju bagi sesuatu. Apa tujuan asalnya? Blog ini? Tiada tujuan jelas, ditambah dengan kelewatan untuk dikemaskini.

Apa pun, yang positifnya malam ini saya menulis. Terima kasih kepada kawan yang memberi inspirasi.

Berpolitik sepanjang hari bukanlah perkara yang menyeronokkan, namun tak dapat dielakkan penulis. Harapnya selepas ini blog ini akan lebih tersusun dan sedaya upaya cuba mengelakkan kecelaruan politik mempengaruhi sebarang penulisan di Blog ini, InsyaAllah.

Salam..

Comments

Popular posts from this blog

G7 [Politik]

The Road I Took

Ramadhan Pergi